Home Bollywood/India Mengapa “Suzhal: The Vortex” Siri Thriller Jenayah Ini Mesti Menjadi Tontonan Anda?

Mengapa “Suzhal: The Vortex” Siri Thriller Jenayah Ini Mesti Menjadi Tontonan Anda?

0

Suzhal: The Vortex pastinya bukan siri thriller jenayah penyiasatan tipikal, kerana perhatiannya terhadap perincian setiap kes yang dikaji.

Siri 8 episod ini berlatarkan sebuah kampung kecil di Sambaloor, di mana semua orang di kampung kecil itu saling mengenali antara satu sama lain.

Intro siri ini dibuka di Kilang Simen Vadde, yang dimiliki oleh oleh pasangan bapa dan anak Trilok (Harish Uthaman) dan Mukesh Vadde (Yusuf Hussain). Pekerja kilang pula diketuai oleh Shanmugam (Parthiban Radhakrishnan), Guna (Kumaravel), dan Dayalan (Purushothaman).

Suzhal

Sebuah kilang yang hampir ditutup kini menjadi tempat pertikaian antara pemilik dan buruh. Mereka sedang mengadakan protes terhadap pengurusan Trilok yang buruk. Polis tempatan, diketuai oleh Regina (Sriya Reddy) dan Sakkarai (Kathir), yang berada di pihak Trilok, menyuraikan orang ramai dengan membelasah semua orang secara kejam.

Selepas kejadian mogok, satu kemalangan kebakaran besar berlaku di kilang dan Trilok menuduh Shanmugam melakukannya. Pada malam yang sama, anak perempuan Shanmugam pula hilang.

Apa yang membuatkan Suzhal menarik perhatian ialah penulisan yang meletakkan kelainan pada penghujung dan pertengahan setiap episod untuk memastikan kita sentiasa terlibat dalam cerita tersebut.

IMG 6456

Penonton akan dapat melihat siri ini memfokuskan dua penyiasatan yang selari terhadap dua insiden, dan penonton pasti akan meletakkan hampir setiap watak dalam senarai suspek yang diragui.

Selain itu, penonton akan dapat melihat isu komunisme, kapitalisme, kekejaman polis, rasuah, seksisme, dan agama dibangkitkan sepanjang 8 siri episod ini.

Point penting tentang siri ini:

✅Plot Menarik dengan Adegan Mencengkam
✅ Persembahan Memukau Daripada Seluruh Pelakon
✅ Skor Muzik  Terbaik  dalam Genre Jenayah
✅ Setiap elemen visual siri ini sangat menonjol

IMG 6464

Jadi, siapa yang membakar kilang Trilok? Siapa pula yang menculik anak Shanmugam? Adakah polis berjaya menyelesaikan kedua-dua kes yang penuh dengan teka-teki ini! Untuk menjawab soalan tersebut, anda haruslah menonton siri Suzhal: The Vortex ini tau!

Saksikan kesemua 8 episod Suzhal: The Vortex ini hanya di Prime Video ya!

Baca lagi: Lagenda Rakyat Dibawa Ke Dalam Filem India, 5 Hantu Paling Digeruni Ini Menjadi Plot Utama

Baca juga: Penuh Teka Teki dan Kisah Jenayah Berat, Ini 10 Siri dan Filem Misteri Thriller India Terbaik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here