Mengejutkan sekali! Bangkai jerung purba terdampar di persisiran pantai Cornwall yang dipercayai lahir semasa era pemerintahan Raja Henry VII di Britain. Bangkai tersebut merupakan spesies Greenland yang mempunyai jangka hayat selama 250 hingga 500 tahun dan telah ditemui oleh seorang pengunjung pantai di Pelabuhan Newlyn.
Baca lagi: Rumah Seram The Conjuring Dijual RM6.57 Juta
Baca lagi: Pinggan Starbuck Seperti Lama Tak Tukar, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju
Kakitangan Yayasan Hidupan Liar Cornwall tiba di pantai tersebut sejam kemudian selepas dihubungi. Namun bagaimanapun, fenomena air pasang dilaporkan dan telah menghayutkan kembali jerung itu ke dalam laut. Haiwan purba tersebut telah ditemui sekali lagi oleh seorang anak kapal syarikat pelancongan Mermaid Pleasure Trip dan kemudiannya telah dibawa ke darat.
Pakar haiwan telah menganggarkan jerung tersebut telah dilahirkan semasa pemerintahan Raja Henry VIII dari tahun 1509 hingga 1547. Walau bagaimanapun, ia masih belum disahkan melalui bedah siasat yang dijalankan oleh Marine Strandings Network.
Menurut laporan, penemuan itu akan digunakan sebagai salah satu penyelidikan ke atas mamalia laut tersebut yang terdampar termasuklah ikan lumba-lumba dan ikan paus. Jerung Greenland tersebut berasal dari Lautan Artik dan Lautan Atlantik Utara tetapi ianya boleh ditemui di perairan laut dalam sekitar Britain dan hanya seekor jerung spesies itu sahaja yang pernah ditemui di Britain pada tahun 2013 yang telah mati juga.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.