Media tempatan Korea melaporkan V BTS & Jennie BLACKPINK berangkat ke New York bersama-sama, sebaik sahaja berita mereka menjalinkan hubungan tersebar di internet.
Berdasarkan laporan khas yang dibuat oleh Sports Kyunghyan, V BTS berangkat ke New York bagi menjayakan photoshoot yang telah dijadualkan di sana dan dia dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, pagi ini.
BLACKPINK juga dikatakan berangkat ke New York pada 25 Ogos bagi memenuhi jadual kumpulannya. BLACKPINK dikatakan bakal kembali ke Korea secara berasingan selepas memenuhi tugasan di Amerika Syarikat.
Terbaru, V dan Jennie telah dikatakan menjalin hubungan dan beberapa gambar mereka bersama telah tersebar di internet. Media membuat ramalan bahawa mereka bakal berjumpa di New York memandangkan jadual yang hampir sama, kerana keberangkatan kedua-duanya hanya selang sehari.
Walaubagaimanapun, kedua-dua agensi, YG Entertainment dan HYBE masih tidak memberi komen terhadap gosip yang melanda kedua-dua artis popular ini.
Sumber: KoreaBoo
Baca artikel terdahulu: “Gambar Betul Ke Photoshop?”- V BTS & Jennie BLACKPINK Digosipkan Bercinta