Song Ji-hyo dan Jeon So-min telah kembali ke “Running Man” pada episod yang disiarkan pada 27 Feb, selepas bercuti selama dua minggu kerana kuarantin dan pembedahan kaki.
Yoo Jae-seok mengusik Kim Jong-kook, Jeon So-min, dan Song Ji-hyo, yang duduk bersebelahan di dalam bas.
Yoo Jae-seok mengusik Kim Jong-kook, berkata, “Saya dapat melihat adik perempuan teman wanita awak ada di sini bersamanya juga.”
Jeon So-min, yang mendengar Yoo Jae-seok, menjawab, “Saya tidak sepatutnya berada di sini.”
Apabila Kim Jong-kook berkata, “Tidak. Tidak ada perkara seperti itu,” Yoo Jae-seok kemudian berkata, “Kalau begitu, bukan ke kamu berdua berjumpa dan pergi makan sambil menggunakan kecederaan Jeon So-min sebagai alasan?”
Artikel Berkaitan: Bekas PD “Running Man” Berkongsi Kisah Di Sebalik Tabir Kim Jong-kook Dan Song Ji-Hyo
Artikel Berkaitan: 5 Episod Running Man Terbaik Yang Akan Membuatkan Penonton Tak Kering Gusi
Sumber: kbizoom