Mesej yang Kim Seon Ho tinggalkan dalam buku skrip ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ meraih perhatian orang ramai yang mengikuti ceritanya.
Buku skrip siri hit yang pernah mendominasi Top 10 Netflix di Malaysia itu diterbitkan oleh tvN. Pada asalnya, esei foto turut dijadualkan untuk terbit namun dibatalkan berikutan skandal Kim Seon Ho.
Baru-baru ini syarikat buku, Booklog menyiarkan mesej ringkas daripada penulis skrip Shin Ha Eun dan dua pelakon utama, Shin Min Ah dan Kim Seon Ho.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah pesanan Kim Seon Ho. Bersama tandatangannya, pelakon itu menulis, “Saya harap saya boleh menjalani kehidupan di mana saya boleh berkata, ‘Saya suka hidup saya sekarang,’ sama seperti Hong Banjang.”
Kim Seon Ho bersinar sebagai Hong Doo Sik alias ” Hong Banjang” atau ketua kampung dalam drama berkenaan. Bagaimanapun, pendedahan bekas kekasihnya telah mencalar nama dan kerjayanya yang sedang meningkat naik itu dengan dakwaan paksaan pengguguran kandungan.
Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut didapati bercanggah dengan bukti-bukti termasuk mesej perbualan mereka yang berjaya dikorek Dispatch. Terkini, aktor tersebut dalam proses untuk bersihkan semula imej dan kariernya.
Buku Skrip Drama Laku Keras
Menurut The Korea Herald, buku skrip ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ tersenarai sebagai bestseller di kedai buku dalam talian tempatan.
“Kami memang jual banyak skrip K-drama popular, tapi skrip drama di tempat teratas dalam senarai bestseller ni memang rare.” kata pihak Aladin, salah sebuah kedai buku tempatan.
Menurutnya lagi, populariti sesebuah filem atau drama sememangnya membuatkan penonton ingin menikmati siri kegemaran mereka dengan pelbagai cara.
Sama seperti membeli merchandise berkaitan drama, membeli skrip asli menjadi cara untuk menunjukkan kasih mereka terhadap siri yang telah tamat. Ia bukan tentang produk saja, tetapi juga nilai sentimental.
Buat peminat buku seperti penulis dan kaki K-Drama, sudah semestinya buku skrip (siap ada tanda tangan lagi) ini akan jadi koleksi rare sekiranya berjaya dibeli dan pijak mayat tuannya dulu jika ada sesiapa yang mahu menghilangkannya.