Drama A Shop for Killers baru sahaja tamat, tetapi penangan kdrama ini masih membekas di hati para penonton setia. Tidak hairanlah jika drama ini dianggap sebagai drama genre thriller aksi terbaik kerana banyak adegan mendebarkan yang memacu adrenalin para penonton.
Sebenarnya ada beberapa buah kdrama dengan genre yang sama yang tidak kurang hebatnya dengan A Shop for Killers. Buat anda yang belum move on dengan kdrama ini, anda boleh menonton 5 Kdrama dibawah ini.
1. The Killer’s Shopping List
Drama pertama adalah The Killer’s Shopping List yang mengisahkan tentang kes pembunuhan misteri di sebuah bangunan apartment. Sama seperti A Shop for Killers, watak utama drama ini berkaitan dengan pusat membeli belah. Ahn Dae Sung (Lee Kwang Soo) adalah pekerja sambilan di MS Mart di pinggir Seoul, pusat beli belah itu adalah milik ibunya.
Do A Hee (Seol Hyun) ialah polis yang juga merupakan teman wanita Dae Sung. Dia menyiasat kes pembunuhan tersebut, tempat kejadian terletak tidak jauh dari MS Mart. Satu-satunya petunjuk dari kes tersebut adalah bil yang dikeluarkan oleh MS Mart. Dari sinilah Dae Sung dan ibunya turut membantu penyiasatan A Hee.
2. My Name
My Name yang fokus pada misi balas dendam Yoon Ji Woo (Han So Hee). Dia berusaha untuk mencari dalang disebalik kematian ayahnya dengan menyertai dalam gengster dadah Dongcheonpa. Choi Mu Jin (Park Hee Soon) ialah ketua gengster tersebut yang bertugas mengatur keluar masuk dadah berbahaya.
Yoon Ji Woo menjadi polis dengan mengubah namanya menjadi Oh Hye Jin. Dia bertugas menjadi pengintip dalam divisyen penyiasatan dadah bersama rakannya Jeon Pil Do (Ahn Bo Hyun). Sama seperti drama A Shop for Killers, ketegangan yang disajikan dalam My Name juga sangat menarik.
3. Signal
Drama Signal mengisahkan tentang dua orang detektif berbakat yang hidup di zaman berbeza. Sebuah walkie-talkie lama menghubungkan kedua-dua mereka, mereka saling berhubung untuk memecahkan kes pembunuhan dan juga kes rogol. Lee Jae Han (Cho Jin Woong) berasal dari tahun 1989 dan sedang menyiasat kes pembunuhan pada zamannya.
Park Hae Young (Lee Je Hoon) hidup di tahun 2015. Dia adalah detektif yang menyiasat kes kematian sahabatnya. Ada juga Cha Soo Hyun (Kim Hye Soo) yang merupakan kawan lama Jae Han dan rakan sekerja Hae Young. Mereka bertiga sama-sama memecahkan kes dengan bantuan walkie-talkie lama itu untuk berhubung.
4. Beyond Evil
Seperti drama A Shop for Killers yang sejak awal sudah dipenuhi teka-teki, Beyond Evil juga menyajikan plot yang sama. Kisah tentang bekas detektif hebat yang diturunkan pangkat yang bernama Lee Dong Sik (Shin Ha Kyun). Dia bertugas di Balai Polis Manyang di bahagian barat Wilayah Gyeonggi, lokasi tersebut merupakan sebuah pekan kecil.
Hidup Dong Sik perlahan-lahan berubah selepas kedatangan Detektif Han Joo Won (Yeo Jin Goo). Dia berasal dari keluarga yang dihormati yang ternyata menyimpan masa lalu yang sangat gelap. Masalah mula muncul apabila terjadi kes pembunuhan yang mengarah pada pembunuhan bersiri 20 tahun lalu.
5. Taxi Driver
Taxi Driver yang mengisahkan kehidupan pemandu teksi bernama Kim Do Ki (Lee Je Hoon). Sebelum ini, dia adalah lulusan Akademi Angkatan Laut yang bekerja di bahagian UDT (Underwater Demolition Team). Tapi kehidupannya berubah drastik sejak tragedi mengerikan yang menimpa keluarganya.
Sejak itu Do Ki meninggalkan tentera dan bekerja untuk Rainbow Taxi Company. Rainbow Taxi menyediakan perkhidmatan bagi sesiapa sahaja yang ingin balas dendam. Do Ki bertugas untuk melakukan hukuman sesuai permintaan pelanggan mereka.
Kelima-lima kdrama di atas sangat sesuai untuk anda yang belum move on dengan drama A Shop for Killers. Genre aksi thriller yang ditampilkan juga tidak kurang menarik, jadi pastikan anda menonton ya.