Home Kdrama/Kmovie Minat Filem Zombie? Nantikan Filem Korea “My Daughter Who Turn Into a...

Minat Filem Zombie? Nantikan Filem Korea “My Daughter Who Turn Into a Zombie” di Pawagam

0

Jo Jung Suk akan membuat kemunculan lagi di layar perak pada tahun 2024 ini. Pelakon hebat ini kali terakhir membintangi filem Exit pada tahun 2019 iaitu 5 tahun yang lalu.

Akhirnya, tahun ini Jo Jung Suk kembali dengan dua buah filem sekaligus yang berjudul Pilot serta The Land of Happiness. Sebelum kedua-dua filem barunya itu ditayangkan, Jo Jung Suk sudah disahkan akan membintangi filem sebuah lagi filem lain.

Filem baru yang akan dibintanginya ini berjudul My Daughter Who Turn Into a Zombie. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem terbaru Jo Jung Suk ini, mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik di bawah ini.

 

Jo jung suk1. Filem Korea ini diadaptasi dari webtoon Naver yang berjudul My Daughter is a Zombie. Webtoon karya Lee Yun Chang ini memang mempunyai peminat tersendiri

 

 

 

Filem korea2. Pengarah Pil Gam Seong mengambil peranan untuk mengarahkan filem ini. Dia pernah menggarap filem Hostage: Missing Celebrity (2021) serta drama Korea A Bloody Lucky Day (2023)

 

 

 

eddb3fb7 345a 4815 876b 4c948abaac3a3. Jo Jung Suk membawa watak sebagai Lee Jung Hwan, seorang bapa yang ingin melindungii anak perempuannya yang sudah berubah secara tiba-tiba sejak dijangkiti virus zombie

Baca lagi: 8 Filem Thriller Korea Terbaik Yang Akan Membuatkan Anda Tidak Senang Duduk

 

eca71aab c493 4d91 a299 d996c4269c3c4. Lee Jung Eun membawa watak sebagai Kim Bam Soon yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan. Dia adalah ibu Lee Jung Hwan dan seorang nenek yang ceria untuk cucunya

 

 

 

c2a88564 87d7 4214 9263 bac783584e875. Cho Yeo Jeong akan membawa watak sebagai Shin Yeon Hwa, cinta pertama Lee Jung Hwan yang diangkat menjadi seorang guru di perkampungan nelayan tersebut

Baca lagi: 5 Filem Zombie Korea Underrated yang Menarik untuk Ditonton

 

90923197 824a 4673 b12a ddbca4afe94f

6. Yoon Kyung Ho membawa watak yang bernama Jo Dong Bae. Dia merupakan kawan lama kepada Lee Kyung Hwan

Baca juga: 9 Filem Zombie Bukan Hollywood Yang Boleh Ditonton Di Netflix

 

7afc1a01 00e5 406c 8f20 2e1055402bd9

7. Choi Yu Ri akan membawa watak sebagai Lee Su Ah. Dia adalah anak perempuan Lee Jung Hwan dan cucu Kim Bam Soon yang berubah menjadi zombie yang terakhir di dunia

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai proses penggambaran dan tarikh tayangan filem My Daughter Who Turn Into a Zombie ini belum diumumkan. Oleh sebab itu, tunggu berita terbaru dari pihak Next Entertainment World selaku distributor rasmi filem ini ya!

Baca lagi: Kdrama Popular Miss Night and Day Berjaya Menarik Minat Penonton dari Pelbagai Lapisan Umur, Kisah Unik Penuh Jenaka dan Misteri
Baca juga: Koleksi 25 Kdrama Jenayah Thriller Terbaik dan Popular, Penuh Kisah Misteri Kejahatan