Home Cdrama Minat Meteor Garden? Tonton 8 Versi Drama Tersebut dari Pelbagai Negara

Minat Meteor Garden? Tonton 8 Versi Drama Tersebut dari Pelbagai Negara

0

Ingat dengan geng F4 dalam drama popular Meteor Garden? Sama seperti kumpulan ikonik itu, drama lakonan mereka juga menjadi hits dan sangat poular pada awal tahun 2000-an.

Fakta menariknya, drama Meteor Garden diadaptasi dari manga Jepun yang sering diolah ke dalam versi drama dari berbagai-bagai negara. Setakat ini, drama seperti Meteor Garden sudah diterbitkan di beberapa buah negara seperti Korea Selatan, Thailand, dan sebagainya.

Anda ingin mengetahui tentang versi drama Meteor Garden lakonan F4 dari pelbagai negara lain yang juga menarik untuk ditonton? Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Versi drama Meteor Garden lakonan F4 dari negara ini pasti tidak asing lagi. Ia merupakan drama Taiwan yang ditayangkan pada awal tahun 2000-an yang sangat lagenda dan popular!

 

 

 

 

2. Hana Yori Dango adalah versi drama Meteor Garden dari Jepun yang ditayangkan pada tahun 2005. Sementara untuk versi filem pula ditayangkan pada tahun 1999

Meteor garden

 

 

 

 

3. Didakwa bukan sebuah adaptasi, Meteor Shower adalah drama Cina yang jalan ceritanya diinspirasikan dari manga terkenal Hana Yori Dango. Sudah tonton?

 

 

 

 

4. Diolah agak berbeza, drama Amerika Syarikat berjudul Boys Before Friends ini bukan adaptasi rasmi. Terselit unsur tarian dalam dramanya!

 

 

 

 

5. Drama ini merupakan sebuah adaptasi rasmi. Drama versi Cina ini dibintangi oleh Dylan Wang dan Shen Yue

 

 

 

 

6. Boys Before Flowers merupakan antara drama Korea yang sangat popular pada 2009 yang melonjakkan nama Lee Min Ho serta Goo Hye Sun. Anda perlu menonton drama ini!

 

 

 

7. Hana Nochi Hare: Hanadan Next Season adalah sekuel rasmi dari manga dan drama Jepun Hana Yori Dango. Sangat menghiburkan!

 

 

 

 

8. F4 Thailand: Boys Over Flowers (2021) memang sudah lama dinantikan oleh para peminat setia. Tonton keserasian dan gandingan mantap antara Bright Vachirawit dan Tu Tontawan

IMG 1644

Demikian sahaja 8 versi drama Meteor Garden dari pelbagai negara yang menarik dan perlu anda tonton. Walaupun jalan cerita sama kerana diadaptasi dari manga Hana Yori Dango, tetapi setiap versi drama mempunyai daya tarikan tersendiri.

Baca lagi: 9 Drama Korea Lagenda Ini Masih Melekat Di Hati Penonton, Penuh Nostalgia!
Baca juga: Penonton Tertipu dengan Wajah Polos 5 Psikopat dalam Drama dan Filem Popular tvN Ini, Plot Twist Habis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here