Home Artis Korea Minat Park Bo Gum? Ini 7 Kdrama Popular yang Dibintanginya

Minat Park Bo Gum? Ini 7 Kdrama Popular yang Dibintanginya

0

Park Bo Gum merupakan salah seorang pelakon yang kemunculannya selalu dinantikan. Drama terakhirnya ditayangkan pada tahun 2020 lalu iaitu Record of Youth, pelakon ini sudah menyepikan diri selama 4 tahun dari layar kaca TV.

Rindu para peminat setia bakal terubat kali ini kerana dia bakal kembali dengan dua projek barunya iaitu Good Boy dan When Life Gives You Tangerines.

Pada bulan Jun lalu, Park Bo Gum juga membintangi filem Wonderland. Penampilannya bersama Bae Suzy mendapat banyak pujian dari para peminat. Memang ramai yang menantikan drama barunya.

Berikut ini adalah beberapa drama Korea popular yang dibintangi oleh Park Bo Gum.

 

1. Hello Monster (2015)Park bo gum

Hello Monster mengisahkan tentang perjuangan dua orang detektif dalam mengungkap kes jenayah. Drama ini membawa genre jenayah yang dibaluti kisah romantik yang manis. Park Bo Gum tampil dengan lakonan yang sangat berkesan sebagai peguam psikopat dalam drama ini.

 

2. Reply 1988 (2015)IMG 0876

Melalui drama Reply 1988 anda akan diajak bernostalgia untuk kembali ke tahun 80-an. Di mana kisahnya ialah tentang lima buah keluarga yang hidup berjiran dengan lima anak remaja mereka yang bersahabat. Park Bo Gum tampil sebagai remaja yang pendiam tetapi mempunyai pencapaian akademik yang luar biasa.

 

3. Love in the Moonlight (2016)

28feda5d c1ba 4f2f 9077 95243ba33ac9

Selanjutnya adalah Love in the Moonlight yang mengikuti perjalanan wanita muda yang menyamar memjadi sida-sida istana. Dia akhirnya mempunyai kisah unik dengan Putera Hyomyeong (Park Bo Gum), kisah mereka sangat membahagiakan, rugi jika anda tidak menontonnya!

 

4. Encounter (2018)

32543285 fa25 49c9 a26b 81644a5fb047

Drama Encounter mengisahkan tentang hidup anak ahli politik yang bernama Cha Soo Hyun (Song Hye Kyo) yang hidupnya selalu dikongkong. Hingga akhirnya pertemuan tanpa sengaja Soo Hyun dengan Jin Hyuk (Park Bo Gum) mengubah hidupnya secara menyeluruh. Dari sinilah perjalanan mereka dimulakan.

 

5. Record of Youth (2020)

b57d8c49 8b65 4e8f b1e0 7fd316643d2d

Kisah perjuangan anak muda yang berusaha membina persahabatan, cinta, dan kerjaya mereka dapat anda saksikan dalam Record of Youth. Dua orang artis dengan seorang juru solek saling berusaha untuk berjaya dalam bidang mereka masing-masing walau mereka berasal dari latar belakang yang tidak bernasib baik.

 

6. When Life Gives You Tangerines (2024)

0985c1be 1aa8 4be7 aa9f 4d9960353c2a

When Life Gives You Tangerines menampilkan Park Bo Gum dan IU sebagai bintang utama. Park Bo Gum tampil sebagai Gwan Sik, seorang pemuda pendiam tetapi dapat diharapkan dalam segala perkara. Manakala IU membawa watak sebagai Ae Soon, seorang yang kuat memberontak dan selalu berani dalam menghadapi cabaran.

 

7. Good Boy (2024)

ef2f6d58 c199 4173 81e8 00fd1e6c6048

Good Boy mengisahkan tentang sekumpulan atlet yang meraih medal emas. Mereka perlu mengubah jalan kerjaya kerana sukar untuk bertahan hidup dengan pekerjaan mereka kini. Beberapa masalah mula muncul seperti kewangan, jangka hayat kerjaya yang pendek, hingga kecederaan fizikal.

Drama-drama yang dibintangi Park Bo Gum memang tidak pernah mengecewakan. Sangat mengujakan apabila dia bakal tampil dalam dua drama baru iaitu When Life Gives You Tangerines dan Good Boy. Pastikan anda tidak ketinggalan dua drama baru tersebut ya.

Baca lagi: Good Partner Semakin Menarik, Selepas Bercerai Jang Na Ra Perlu Hadapi 7 Konflik Menyakitkan Ini

Baca juga: Lee Joon Gi Bakal Menemui Peminat di Kuala Lumpur 22 September 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here