Home Bollywood/India Minat Pelakon Berbakat Bollywood Nawazuddin Siddiqui? Tonton 6 Siri dan Filem Thriller...

Minat Pelakon Berbakat Bollywood Nawazuddin Siddiqui? Tonton 6 Siri dan Filem Thriller Terbaik Ini

0

Nawazuddin Siddiqui adalah salah seorang pelakon Bollywood yang identikal dengan genre thriller. Sepanjang kariernya, pelakon ini telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem dan siri thriller dengan pelbagai tema menarik.

Nawazuddin Siddiqui muncul dalam filem thriller terbarunya yang berjudul Rautu Ka Raaz pada 28 Jun lalu. Filem yang ditayangkan di aplikasi Zee5 tersebut menyoroti pelakon berbakat ini sebagai polis yang menyiasat kes pembunuhan di sebuah bandar kecil.

Termasuk Rautu Ka Raaz, berikut ini adalah enam pilihan filem dan siri thriller yang dibintangi oleh Nawazuddin Siddiqui.

 

1. Talaash: The Answer Lies Within (2012)

4482c385 d85b 4fb3 9d41 aa7bbd7e70bfNawazuddin Siddiqui meraih pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Filmfare Awards 2012 melalui wataknya dalam filem Talaash: The Answer Lies Within. Filem garapan Reema Kagti ini menyoroti kisah seorang polis bernama Suri (Aamir Khan) yang ditugaskan menyiasat kematian seorang pelakon yang bernama Armaan (Vivan Bhathena). Suri dibantu oleh anak buahnya menyoal dan menyiasat semua orang yang mengenali Armaan, salah seorang dari mereka adalah Tehmur (Nawazuddin).

 

2. Te3n (2016)

Nawazuddin SiddiquiTe3n adalah filem thriller India remake dari filem Korea yang berjudul Montage (2013). Filem ini menyoroti kehidupan seorang lelaki warga emas yang bernama John (Amitabh Bachchan) yang nekad mahu mencari penculik dan pembunuh cucunya. Lapan tahun selepas cucunya meninggal dunia, John meminta bantuan Martin (Nawazuddin) untuk menyiasat semula kes pembunuhan cucunya.

Martin adalah bekas polis yang menangani kes cucu John 8 tahun yang lalu. Kerana kesal tidal dapat mencari cucu John dalam keadaan hidup, Martin bersara untuk menjadi pastor. Martin yang kembali dalam jabatan menyiasat hubungan antara kes penculikan cucu John dan penculikan seorang kanak-kanak yang terjadi 8 tahun selepas itu.

 

3. Mom (2017)

3ab9bee5 591a 48f4 bb61 1df47a909363Pelakon ini kembali meraih pencalonan Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik Filmfare Awards melalui filem Mom. Filem ini mengikuti perjuangan Devki (Sridevi) untuk mencari keadilan bagi anak tirinya yang menjadi mangsa rogol dan kekerasan. Oleh kerana pihak polis tidak berdaya menangkap para penjenayah yang berasal dari keluarga tersohor, Devki memutuskan untuk balas dendam dengan membunuh para penjenayah tersebut seorang demi seorang.

 

4. Sacred Games (2018—2019)

1bfed26f 4a67 4050 833b d1f2bff1ae12Sacred Games adalah siri thriller yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Vikram Chandra. Saif Ali Khan tampil sebagai pelakon utama yang merupakan seorang pegawai polis yang bernama Sartaj yang mendapat panggilan misteri dari seorang gangster bernama Ganesh (Nawazuddin). Ganesh meminta Sartaj untuk menyelamatkan Kota Mumbai dalam jangka masa 25 hari.

 

5. Raat Akeli Hai (2020)

0611054d d08e 4cf8 83bc adec8479ff5cNawazuddin Siddiqui membawa watak sebagai polis dalam filem Raat Akeli Hai yang ditayangkan di Netflix. Selain Nawazuddin Siddiqui, filem ini juga dibintangi oleh Radhika Apte, Shweta Tripathi, dan Tigmanshu Dhulia.

Filem ini mengikuti kisah Inspektor Jatil (Nawazuddin Siddiqui) yang melakukan siasatan pembunuhan isteri seorang ahli perniagaan kaya raya. Selama penyiasatan berlangsung berlangsung, Inspektor Jatil menemui banyak rahsia yang disembunyikan oleh keluarga mangsa.

 

6. Rautu Ka Raaz (2024)

9aacc603 4ec4 4cca 9552 65eb9b188dbfFilem Rautu Ka Raaz tayang secara perdana di International Film Festival of India pada tahun 2023. Rautu Ka Raaz merupakan filem kedua Nawazuddin Siddiqui sepanjang 2024 selepas filem Saindhav. Filem ini menceritakan tentang Nawazuddin Siddiqui yang menyiasat kematian misteri seorang penjaga asrama. Filem ini menampilkan Nawazuddin Siddiqui sebagai polis yang ditugaskan menyiasat kes pembunuhan yang sukar.

Filem dan siri ini semua menampilkan teka-teki yang sukar untuk dipecahkan serta plot twist yang mengejutkan dalam jalan cerita. Anda yang sukakan genre thriller perlu menonton filem dan siri Nawazuddin Siddiqui di atas ya!

Baca lagi: 10 Filem India Bawa Tema Kekeluargaan, Menyayat Hati
Baca juga: 8 Filem India 2023 Dengan Rating Tertinggi IMDb