Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok alinkiwi, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita berkongsi cerita di mana terdapat seorang ‘Tiktokers’ menawarkan diri untuk membuat review makan di sebuah restoran milik ayahnya. Beliau mengatakan ‘Tiktokers’ tersebut meminta kepada ayahnya untuk membayar hasil review makan yang dilakukan oleh mereka sebanyak RM1500.
Wanita ini juga mengatakan restoran ayahnya tidaklah sebesar mana, tetapi sudah dikenali ramai setelah beberapa orang influencer yang menularkan restoran itu tanpa meminta bayaran.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan respon wanita ini sememangnya membuatkan orang ramai bersetuju dengannya. Ada juga yang mengatakan beliau juga membuat ‘food review’ tetapi tidak meminta bayaran kepada pemilik restoran, dan harga yang diminta oleh ‘Tiktokers’ tersebut memang tidak masuk akal.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.2M penonton, 40.1K sukaan dan 1598 komen.
Baca lagi: Masjid Siap Ada Hotel Dan Tempat Bermain, Ramai Yang Kagum Dengan Fasiliti Di Masjid Ini
Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Wan l Makeup & Skincare : uish mahalnyaaa . wan charge review kedai makanan xcharge pun , ckup byrkn tambang je sbb wan xde keta
@Jek2171: Ok la tu, dia cas 1800,.bg je.. Nnt dia p kaunter utk kira2 y dia mkn tu, cas dia balik 2000..
@TheNescafeAis | Affiliate shop: Dia yg offer nk review, ehhhh dia yg mintak pyt
@Bryan: yg pelik tu..org tk mintak dia mai pun…tp ada hati nk suh org bayar haha
@Viral Niaga: Saya tak pernah pergi kedai2 orang mintak review…janganlah salahkan saya juga, saya ikhlas
@wan_takaful: Better spill name tiktokers tu. Sbb kesian kat kami yg buat food review ni kene tempias..
@CháWan: Kedai makcik pun kedai kampung je, ada mintak review 700, bulan depan tanya balik dah naik 1700
@abang pisang: Tayah review awk..nnt sendiri akn viral sbb mmg sedap sgt! Kedai yg mmg sy sentiasa nak pergi kalau pergi melaka
@SUDU GARFU JB: Sy pun ingat murah je. .sekali tanya rm1500.. terus xjd.lastW buat marketing sendiri je.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram