Episod 12 hingga episod 14 drama Korea Miss Night and Day menunjukkan babak yang sangat tegang. Ketika pihak pendakwa raya ingin menjalankan siasatan di Pusat Kesihatan Hwadong. Lim Sun terganggu oleh jururawat yang berada di situ, jururawat itu memerangkap Lim Sun dengan alasan untuk memberikan keputusan ujian darah.
Bagaimanapun, ternyata Baek Cheol Gyu telah merancang jenayah terhadap Lim Sun. Ketegangan bermula apabila Gye Ji Woong mencari lokasi Lee Mi Jin, yang menjadi sasaran. Pada masa yang sama, Lim Sun tidak mempunyai sebarang berita dan tidak kelihatan. Pencarian bermula dan mujur Gye Ji Woong menemui Lee Mi Jin yang ditahan tepat pada masanya.
Berbaki lagi dua episod terakhir, sudah tentu penonton tidak mahu ketinggalan dan tertanya-tanya tentang banyak persoalan yang masih belum terungkai.
Di bawah adalah senarai persoalan yang mesti dirungkai pada episod akhir Miss Night and Day.
1. Pembukaan drama ini memaparkan sumpahan Lee Mi Jin apabila menyelamatkan seekor kucing. Namun, sehingga kini kucing tersebut masih belum ditemui lagi, adakah kucing itu bakal muncul semula?
2. Apakah yang akan berlaku kepada Lee Mi Jin, adakah dia akan menjadi wanita tua di siang hari selama-lamanya? Atau adakah sumpahan itu boleh dihilangkan?
3. Apakah kronologi kehilangan ibu saudara Lee Mi Jin, Lim Sun? Apakah motif pembunuhan atau kehilangan Lim Sun?
4. Bagaimana keselamatan bapa Lee Mi Jin dan Lee Mi Jin, adakah dia akan dapat menumpaskan pembunuh ibu saudaranya? Atau dia yang akan diserang terlebih dahulu?
5. Apakah nasib kisah cinta Ko Won? Adakah dia akan terus berjuang untuk Lee Mi Jin (Jung Eun Ji) atau dia akan menyerah?
6. Adakah Gye Ji Woong akan berjaya mencari pembunuh ibunya? Penonton berharap dia akan segera dapat mencari pembunuh tersebut dan menghukumnya
7. Do Ga Yeong (Kim A Young) masih keseorangan lagi. Lalu, bagaimanakah nasib cinta sahabat Lee Mi Jin (Jung Eun Ji)? Adakah dia akan menemui jodoh?
Persoalan di atas memang sangat berjaya mencetuskan rasa ingin tahu para penonton. Penonton juga berharap Lee Mi Jin dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu. Nantikan episod baru Miss Night and Day ini ya!