Home New Post Misz Nina Selamat Bernikah, Sekali Suami Nya Mendapat Perhatian Netizen

Misz Nina Selamat Bernikah, Sekali Suami Nya Mendapat Perhatian Netizen

0

Shazrina Binti Azman atau dikenali sebagai Mizz Nina merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pereka fesyen, ahli perniagaan dan usahawan wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1 Julai tahun 1980, berasal dari Kuala Lumpur.

Pada tahun 2013, beliau memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Pada 3 Mac 2022, pasangan Mizz Nina dan Noh mengumumkan bahawa mereka telah mengambil anak angkat yang diberikan nama Musa setelah pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat dilalui.

Namun pada 4 Ogos 2022, Mizz Nina telah mengumumkan bahawa beliau dan Noh Salleh memilih untuk berpisah secara baik setelah melayari bahtera perkahwinan selama 11 tahun menerusi Instagram nya.

fgdh

Baru-baru ini, Mizz Nina memaklumkan di akaun Instagram nya bahawa beliau telah bernikah dan menjadi isteri kepada Essam Muhammad.

Menerusi perkongsian Mizz Nina, beliau menagatakan majlis perkahwinan tersebut dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

Resepsi untuk perkahwinan mereka juga akan diadakan di Kuala Lumpur dan masih lagi dibuat secara tertutup. Mizz Nina turut berharap perkahwinan ini terus mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

sdaf

“Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis episod baru dalam hidup kami dengan cukup indah”
“Kami bersama-sama benjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruka dengan perjalanan hidup baru ini”

Mizz Nina juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahgiaannya di dunia dan akhirat.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia