Home Reality Show Model Kacukan Korea-Afrika Ini Dedah Pengalaman Diskriminasi Di Korea

Model Kacukan Korea-Afrika Ini Dedah Pengalaman Diskriminasi Di Korea

0

Isu warna kulit sememangnya sensitif untuk diperkatakan, malah perkara ini turut memberikan kesan terhadap psikologi dan kehidupan seseorang individu tersebut.

Rancangan temu bual TV SBS, ‘Circle House’ menampilkan barisan panel iaitu Dr.Oh Eun Young, seorang pakar psikiatri dan selebriti-selebriti Han Ga In, Lee Seung Gi, Lee Jung dan Noh Hong Chul. Setiap minggu, mereka akan menjemput tetamu untuk membincangkan tentang tema dan isu sosial di Korea.

Dalam episod baru-baru ini, topik pilihan adalah prejudis dan diskriminasi terhadap orang yang dianggap aneh dalam kalangan masyarakat. Antara tetamu jemputannya adalah seorang model bernama Bae Yoo Jin, 21 tahun.

10 1

“Ayah saya orang Nigeria dan maka saya orang Korea. Tetapi saya memang orang asal Korea.” Model berkenaan memulakan cerita.

Dianugerahkan kaki yang panjang dan tinggi lampai memberi kelebihan kepada Shim dalam industri peragaan namun dia turut tidak dapat lari daripada pandangan serong masyarakat terhadap warna kulit dan penampilannya yang eksotik.

7 2

“Sejak bayi lagi saya didiskriminasikan. Membesar di Korea, banyak kata-kata rasis yang dilemparkan kepada saya. Contohnya ‘negro’ dan ‘Kakak hitam’.” kata Bae Yoo Jin.

“Malah sewaktu kecil dulu, saya terdengar emak kawan saya cakap, ‘Jangan main dengan budak hitam tu’.”

“Pernah suatu ketika, saya berdiri di jalanan dan ada orang tegur saya ‘Kenapa pula negro berdiri kat sini? Pergi ke kuil sana!” ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, “Pada mulanya saya tidak mengendahkannya, sebab kalau tak nanti timbul konflik. Persoalannya, patut ke kita lawan orang biadab ini atau tidak mempedulikannya.”

11 3

“Saya dihantar ke sekolah di luar negara. Saya satu-satunya gadis Asia di sekolah dan banyak kali saya mengatakan kepada kawan-kawan yang saya bukan dari Korea Utara dan tiada kena-mengena dengan Bruce Lee.”

“Tetapi tiada apa-apa yang berubah pun. Akhirnya saya sedar yang tak penting lagi nak mengubah persepsi atau mentaliti orang, kita hanya boleh mengubah cara fikir diri sendiri.”

Gadis itu juga turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah menceritakan hal tersebut kepada ibunya kerana bimbang dimarahi.

Dr.Oh Eun Young menasihatkan model kacukan itu supaya memberitahu emaknya, jangan pendam perasaan.

“Komunikasi adalah tentang perkongsian perasaan dan pemikiran. Komunikasi dan penyelesaian sememangnya dua perkara berbeza. Namun sekiranya kamu tidak berkomunikasi dan meluah emosi dengan orang rapat, bebanan perasaan itu makin bertambah berat…”

Aktres Han Ga-in turut mencelah, “Jika beliau tahu anaknya ini dibuli dan menyorok hakikat itu daripada pengetahuannya, mesti beliau kecewa.”

Manakala aktor Lee Seung Gi pula meluah rasa bengang tentang perangai sesetengah orang Korea berkaitan rasisme setelah mendengar cerita Bae Yoo Jin.

Sumber: [1], [2]