Baru-baru ini model dan personaliti media sosial Korea, Han Hye-jin dikejarkan ke hospital bersama kesan melecur yang dikatakan tidak seteruk mana.
Menerusi story Instagram, secara ringkasnya dia bercerita bahawa telur yang dimasaknya meletup di dalam microwave dan terkena bibirnya.
“Pukul 3 pagi. Insiden letupan telur rebus. Bibir melecur. Pergi ke hospital. Ini sebabnya kamu tak patut panaskan telur dan isi ayam di dalam microwave atau ketuhar.” tulisnya.
Bersama tulisan itu, dia turut memuat naik foto-foto kejadian tersebut dengan telur berkecai merata-rata.
Sumber: Wikitree