Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok norizabintihamin, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan salah satu rumah yang menulis nota dan meletakkan nota tersebut di pintu pagar rumahnya, beliau meminta kepada pemandu kenderaan untuk tidak meletakkan kenderaan terlalu dekat dengan pagar rumahnya untuk mengelakkan tercalar. Namun apa yang dilihat oleh warganet pula terkejut apabila melihat rumah tersebut sebenarnya rumah flat dan telah diubah suai berdekatan dengan tempat letak kenderaan itu.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan perkara ini seharusnya tidak perlu dibiarkan dan perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen. Pemilik rumah tersebut juga telah mendapat kecaman oleh warganet. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 192.3K penonton, 2531 sukaan dan 390 komen.
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@….: Terkejut saya, saya tak expect pun rumah flat. Ingat rumah landed tadi. Boek punya renovate
@3ura_Deyez: sila buat report. pihak majlis xtau tu. kalo tau mesti dh kena roboh.
@Kween: sy pun duk flat cmni…fuh kemain depa siap buat garaj berpagar ye kat petak parking
@Atankun DAUD: X lama lagi depan tu dia buat parking berbumbung terus..
@aliff wan: bole extend smpai mcmtu ka…majlis bndaran x kacau ka
@mr professor Fx: org flat mmg mcm tu tapi tak semua ..dia ingat ddk kat condo
@Azam: boleh lak renovate, knpa x beli rumah landed je alang2 ada duit tu
@chin chan: blok g apartment teratai ni dulu lagi dh macam tu , jngn bagi muka parking je situ
@pijannys: Dia pun sedar2 gak tuh bkn landed house itu rumah flat
@shamlockstuck: untung beli umah bwah skli..nsib baik parking dia xbuat garaj skli..
@perindusepi: bila plak ada pintu sblah parking klu tahu majlis perbandaran abis lar…
@miz24rca: Duduk rumah teres pun sama, renovate sampai ke jalan, pastu kete paking depan umah org. Umah dia tenang2 je, kita pulak takleh masuk umah
@Giftbox@Z&Z: Balas balik. Mohon jarakkan pintu dari kereta untuk elak kena report majlis perbandaran..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram