Home Artis Korea Moon Ga Young Kembali, 3 Projek Baru yang Dinanti Peminat Tahun Ini

Moon Ga Young Kembali, 3 Projek Baru yang Dinanti Peminat Tahun Ini

0

Tahun 2025 bakal menjadi tahun yang penuh kejutan buat peminat Moon Ga Young!

Selepas berjaya mencuri hati penonton menerusi pelbagai drama terdahulu, pelakon berbakat ini kini kembali dengan tiga drama baru yang bakal ditayangkan tahun ini. Menampilkan pelbagai genre menarik, ketiga-tiga drama ini wajar dimasukkan dalam senarai tontonan anda.

Jom lihat drama mana yang bakal menampilkan sisi berbeza Moon Ga Young!

 

1. My Dearest Nemesis

Moon ga young

Baek Su Jeong (Moon Ga Young) ialah ketua pasukan perancangan di Yongsung Department Store, gedung beli-belah paling berprestij dalam industri. Cerdik, berdedikasi, dan berani berhadapan dengan sesiapa sahaja, Su Jeong telah membuktikan dirinya sebagai individu yang sukar digantikan.

Namun, kehidupannya berubah apabila dia bertemu semula dengan Ban Ju Yeon (Choi Hyun Wook), bos barunya di bahagian perancangan strategik dan pewaris syarikat tersebut.

Pertemuan mereka selepas 16 tahun membongkar sebuah kisah lama yang masih belum pudar. Ketika remaja, mereka pernah mengenali satu sama lain dalam sebuah permainan dalam talian.

Su Jeong, yang menggunakan ID Strawberry, pernah menjadi cinta pertama Ju Yeon, yang ketika itu dikenali sebagai Black Salt Dragon. Namun, Su Jeong telah menolak cinta Ju Yeon dengan kejam. Siapa sangka, lelaki yang pernah ditolak itu kini muncul semula dalam hidupnya, sebagai bosnya sendiri!


2. Seocho-dong

IMG 1727

Drama Seocho-dong mengisahkan perjuangan peguam muda yang bekerja di kawasan elit Seocho-dong Law Town, menangani kes-kes yang berkait rapat dengan kehidupan seharian.

An Ju Hyeong (Lee Jong Suk) ialah seorang peguam berpengalaman dengan sembilan tahun dalam bidang guaman. Namun, dia tidak pernah terdorong untuk melindungi mereka yang lemah atau memperjuangkan keadilan. Baginya, undang-undang hanyalah permainan logik yang menarik.

Meskipun sudah mencapai kemuncak kerjayanya dengan pendapatan yang lumayan, Ju Hyeong mula merasakan kehidupannya semakin tidak bermakna.

Di sisi lain, Kang Hui Ji (Moon Ga Young), seorang peguam muda yang percaya pada keadilan dan ingin mengubah kehidupan orang lain, tetap berpegang pada prinsipnya walaupun sering diuji. Apabila mereka bertemu, dunia pekerjaan mereka berubah, dan konflik antara idealisme serta realiti semakin jelas.


3. Cashero

IMG 1731

Moon Ga Young akan membuat penampilan cameo dalam drama Korea akan datang yang diadaptasi daripada webtoon bertajuk Cashero.

Cashero mengisahkan tentang Kang Sang Ung (Lee Jun Ho), seorang penjawat awam yang memiliki kuasa luar biasa, tetapi kuasanya hanya berfungsi berdasarkan jumlah wang yang dimilikinya!

Sang Ung berjuang untuk mengekalkan simpanannya agar dapat terus menggunakan keupayaan luar biasanya, meskipun kuasanya sangat terhad.

Kekasihnya, Kim Min Suk (Kim Hye Joon), tetap menyokongnya walaupun sedar betapa tidak praktikalnya kuasa Sang Ung.

Di sisi lain, Byeon Ho In (Kim Byung Chul), seorang peguam dan ketua organisasi makhluk supernatural, serta Bang Eun Mi (Kim Hyang Gi), seorang telekinetik yang memperoleh kekuatan daripada kalori, turut memiliki keupayaan unik masing-masing.

Bersama-sama, mereka cuba melindungi kehidupan normal mereka daripada ancaman pihak jahat yang ingin menggugat keseimbangan dunia. Dalam drama ini, Moon Ga Young akan membuat penampilan khas sebagai cameo, menambahkan lagi daya tarikan kepada jalan cerita penuh aksi dan unsur supernatural ini.

Itulah tiga drama baru Moon Ga Young yang bakal menemui penonton tahun ini! Yang mana satu paling anda nantikan?

Baca lagi: Jang Hyuk & Yoo Joon Sang Bakal Bergandingan Dalam Drama Sejarah Epik ’The Chronicles of the Silla-Tang War’
Baca juga: “Friendly Rivalry” Cetuskan Kontroversi Kerana Bertemakan GL, Segelintir Peminat Hyeri Meluahkan Rasa Kecewa