Home Kdrama/Kmovie Moon In The Day: 4 Sebab Korang Mesti Layan Drama Yang Diadaptasi...

Moon In The Day: 4 Sebab Korang Mesti Layan Drama Yang Diadaptasi Webtoon Ini

0

Drama adaptasi dari webtoon Moon in the Day telah mula ditayangkan pada awal November lalu mengisahkan tentang perjalanan roh bangsawan Do Ha dari dinasti Silla yang merasuki jiwa selebriti popular Korea, Han Jun Oh, yang dilakonkan Kim Young Dae.

IMG 2670

Dalam kehidupan lampaunya, isterinya Han Ri Ta (Pyo Ye Jin) telah mengkhianati dan membunuhnya. Dia dilahirkan semula sebagai Young Hwa tetapi tidak mempunyai ingatan tentang kehidupan lampaunya.

Moon In The Day telah dibintangi dua artis muda, Kim Young Dae dan Pyo Ye Jin.

Berikut ini adalah 4 sebab mengapa korang harus layan “Moon In The Day!


1. Cerita yang Unik dan Menarik

IMG 2674

Drama ini menggabungkan genre fantasi, romantis, dan misteri dengan mengangkat tentang kisah cinta yang terjadi selama 1500 tahun antara dua pasangan dari masa Dinasti Silla yang dijelmakan semula ke masa kini.

IMG 2671

Kim Young Dae sebagai Han Jun Oh, seorang pelakon terkenal yang tubuhnya dirasuk oleh roh jahat Do Ha, seorang bangsawan Silla yang berdendam selepas mati dibunuh oleh isterinya.

IMG 2681

Pyo Ye Jin sebagai Kang Young Hwa, seorang pegawai bomba yang menjadi pengawal Han Jun Oh setelah menyelamatkannya dari insiden. Kang Young Hwa juga memiliki wajah yang sama dengan isteri Do Ha, iaitu Han Ri Ta. 

Berjayakah Do Ha membalas dendam terhadap Han Ri Ta yang selepas 1500 tahun menjelma semula sebagai Young Hwa? 

Kisah menarik mereka berdua akan dibawa anda ke dunia yang berbeza di setiap episod, di mana masa lalu, masa kini, dan masa depan yang saling berkait.



2. Keserasian Gandingan Kim Young Dae dan Pyo Ye Jin

IMG 2679

Kim Young Dae dan Pyo Ye Jin merupakan dua pelakon muda yang sedang meningkat naik di dunia hiburan Korea. Kim Young Dae dikenali sebagai pelakon berbakat dalam membawa pelbagai karakter. 

Pyo Ye Jin juga menunjukkan kemampuan lakonannya yang luar biasa, terutamanya dalam drama Viu Original Taxi Driver musim 2. Dia sudah membintangi banyak drama, kemampuan lakonannya tidak perlu diragukan lagi. Keduanya memiliki chemistry dan keserasian yang kuat sebagai pasangan dalam drama fantasi romantis ini.



3. Sinematografi yang Memukau dan Artistik

IMG 2682 1

Drama ini juga memiliki sinematografi yang memukau dan artistik, membuatkan para penonton seolah-olah melihat lukisan hidup di skrin. Selain itu, Moon in the Day juga menggunakan warna-warna latar yang menawan dan hangat bagi mencipta suasana yang romantis dan menyenangkan.

Drama ini turut menampilkan pemandangan-pemandangan yang indah, dan panorama yang cukup memukau ketika penonton dibawa ke jalan cerita masa lalu.



4. OST yang Menyentuh Hati

Moon in the day

Selain ceritanya yang menarik, Moon in the Day juga memiliki OST yang sedap didengar dan menyentuh hati, membuatkan penonton turut terbuai dalam cerita. Moon in the Day dimeriahkan oleh 7 penyanyi yang akan menyumbangkan suara mereka untuk OST drama ini.

Produser OST drama ini, Genie Music dan Most Contents, mengumumkan nama-nama penyanyi yang terlibat. Mereka adalah Baek Ji Young yang dikenali sebagai ‘Ratu OST’, Kim Junsu (XIA), Zia, Gilgu Bong Gu, O.WHEN, Lee Bada, dan Jeong Dong Won. Mereka semua adalah penyanyi-penyanyi balada yang sudah berpengalaman dalam membuat OST yang menyentuh hati.

IMG 2774 scaled

Moon in the Day sudah menayangkan 5 episod setakat ini. Drama ini banyak menampilkan konflik pelik kisah tragis hubungan Do Ha dan Kang Young Hwa. Apa yang menariknya lagi, roh pendendam yang terus bertahan sehingga masa sekarang bukan hanya Do Ha, ada roh misteri yang juga berasal dari dinasti Silla yang sedang memerhatikan Do Ha dan Kang Young Hwa.

Saksikan episod seterusnya drama ini setiap hari Rabu dan Khamis di platform VIU.

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 5 Rancangan Hiburan Korea Terbaru di Viu November ini, Unik & Confirm Buat Korang Terhibur!
Baca juga: Cha Eun Woo dan Park Gyu Young Semakin Rapat dalam A Good Day to Be A Dog