Home Artis Korea Moon Sang Min Memikat Hati Ramai Peminat, Ini 3 Kdrama Menarik yang...

Moon Sang Min Memikat Hati Ramai Peminat, Ini 3 Kdrama Menarik yang Dibintanginya

0

Moon Sang Min merupakan pelakon muda dari Korea Selatan yang kini sedang meniti populariti dan namanya makin mekar dalam industri hiburan.

Dia memulakan debutnya pada tahun 2018 sebagai model di sebuah pertunjukan fesyen iaitu Sewing Boundaries Collection. Pada tahun 2019, dia mula debut dalam dunia lakonan melalui drama 4 Reasons Why I Hate Christmas.

Pelakon ini mempunyai bakat lakonan yang memuaku sehingga penampilannya selalu dinantikan pada setiap tahun. Genre drama yang dibawakannya juga selalunya adalah pelbagai.

Berikut ini adalah 3 drama Korea menarik yang dibintangi oleh Moon Sang Min.

 

1. 4 Reasons Why I Hate Christmas

Moon sang min

Drama pertama adalah 4 Reasons Why I Hate Christmas yang menjadi pentas debut buat Moon Sang Min. Kisahnya tentang empat anak muda yang menghabiskan waktu bersama semasa perayaan Krismas tiba, perkara ini adalah kerana mereka begitu membenci momen tersebut.Drama ini menggandingkan Moon Sang Min, Park Shi An, Jung Hwi Young, dan Kim Yeon Seo sebagai bintang utama.

Semasa mereka berkumpul pada bulan Disember semasa Krismas tiba, mereka menemui banyak persamaan. Hubungan keempat-empat mereka mula berkembang dan mereka menjalin persahabatan yang tidak dijangka. Mereka membantu satu sama lain untuk menyambut Krismas, tentu ada alasan di sebalik kebencian terhadap momen membahagiakan ini.

 

2. Wedding Impossible

c47c6a72 4180 4158 baca faedae65e3f6

Seterusnya adalah Wedding Impossible yang mengisahkan tentang misi menggagalkan perkahwinan kontrak. Kisah dimulakan dengan Na A Jeong (Jun Jong Seo), dia adalah pelakon yang kurang terkenal. Padahal bakatnya sangat luar biasa.

Dia berkawan rapat dengan Lee Do Han (Kim Do Wan) yang berasal dari keluarga chaebol. Mereka telah berkawan sejak zaman sekolah lagi, dahulu A Jeong selalu membantu Do Han setiap kali lelaki itu dibuli. Kini mereka terpisah kerana Do Han memilih untuk menetap di luar negara.

Hingga akhirnya Do Han pulang dan secara tiba-tiba meminta A Jeong menjalin hubungan kontrak dengannya. Tapi keinginan Do Han ini ditentang habis-habisan oleh adiknya iaitu Lee Ji Han (Moon Sang Min). Ji Han selalu ingin membuat abangnya menjadi pewaris LJ Group, tapi tidak dengan Do Han.

Maka Ji Han membawa Yoon Chae Won (Bae Yoon Kyoung) untuk menjadi pendamping Do Han. Ini menjadi misi Ji Han untuk menggagalkan hubungan kontrak abangnya dan menjadikan Do Han sebagai pewaris LJ Group nanti. Selama perjalanan menggapai misinya ini Ji Han mengalami berbagai-bagai rintangan yang tidak dijangka.

 

3. Cinderella at 2 AM

3993a2b5 adad 47a4 b626 bd523b8e4449

Drama terakhir adalah Cinderella at 2AM, kisah tentang sepasang kekasih yang putus dengan cara yang mengejutkan. Kisah dimulakan dengan Ha Yoon Seo (Shin Hyun Bin) yang bekerja sebagai ketua jabatan di sebuah syarikat besar. Dia sangat berdedikasi terhadap pekerjaan dan dihormati oleh rakan sekerjanya.

Yoon Seo bercinta dengan Seo Joo Won (Moon Sang Min) yang usianya jauh lebih muda darinya. Joo Won bekerja sebagai pekerja biasa di jabatan yang dipimpin oleh Yoon Seo. Siapa sangka Joo Won sebenarnya berasal dari keluarga konglomerat, dimana sejak awal memang sudah dia rahasiakan.

Joo Won yang mengetahui rahsia tersebut begitu terkejut, tambahan pula setelah dia dihubungi sendiri oleh ibu Joo Won untuk memutuskan hubungan dengan anaknya. Yeon Seo yang tidak percaya dengan kisah Cinderella memilih untuk putus kerana mendapat tawaran sejumlah wang yang lumayan dari ibu kekasihnya itu.

Buat anda para peminat drama Korea romcom terutamanya, pastikan anda menonton drama-drama di atas. Lebih-lebih lagi semua drama tersebut dibintangi oleh Moon Sang Min, pelakon muda yang berbakat besar dan disayangi ramai. Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton drama barunya iaitu Cinderella at 2 AM yang boleh distrim di Viu!

Baca lagi: 10 Filem Seram Komedi Tentang Rumah Berhantu, Ngeri dan Lucu Silih Berganti

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here