Home Entertainment Moonbin Astro & 18 Idol Yang Pernah Berehat Panjang Kerana Masalah Kesihatan

Moonbin Astro & 18 Idol Yang Pernah Berehat Panjang Kerana Masalah Kesihatan

0

Menjadi seorang idol KPop bukan perkara yang mudah. Jadual yang padat, peraturan agensi yang ketat, dan tuntutan industri muzik yang sememangnya memberi impak buruk kepada fizikal dan juga mental para bintang Idol. Beberapa bintang idol juga menyepikan diri dari dunia seni buat sementara waktu kerana masalah kesihatan mereka.

Berikut ini merupakan beberapa orang idol KPop yang pernah menyepikan diri kerana masalah kesihatan. Ada antara mereka yang sudah melakukan comeback, ada juga antara mereka yang masih beristirehat.

7ab9d297 983e 4609 bd84 aad580e2c1f51. Solji EXID didiagnosis dengan penyakit hipertiroid pada tahun 2016 yang membuatnya berehat cukup lama dari dunia seni. Namun, pada tahun 2018 bintang idol kembali ke industri muzik dan mengumumkan bahawa dia sudah pulih sepenuhnya

ebfcab0e f754 4b6c 8206 21e8c2d001c82. Pada tahun 2019 lalu, mendiang Moonbin ASTRO pernah mendiamkan diri setelah mendapatkan saranan doktor untuk istirehat penuh kerana keadaan kesihatannya yang buruk

Baca Lagi: Live Video Luahan Hati Terakhir Moonbin Sebelum Meninggal Dunia

f766dd81 4135 4698 b85b 62ee2d561b923. Wonwoo SEVENTEEN menjadi salah seorang idol yang pernah mengambil rehat singkat kerana menderita penyakit gastrik. Dia memutuskan untuk berehat dan fokus untuk sembuh dari penyakitnya

39adba80 39c9 45b8 93bf 8dc69e65b65e4. Haechan NCT pernah menyepikan diri pada awal tahun ini kerana masalah kesihatannya, tetapi kemudian kembali beraktiviti setelah beristirehat selama 20 hari

f34b10da b93d 4cc7 8303 1f49f8e3c6015. Munik bekas ahli kumpulan DKZ juga pernah berehat darindunia seni pada tahun 2021 kerana kesihatan mentalnya yang buruk, dia akhirnya memilih untuk menarik diri daripada kumpulan pada Februari 2023

b6b01ced 3f26 4e76 aa08 8459f33178036. Junhyeok TNX menyepikan diri dari dunia seni pada Januari 2023 kerana menghidap gejala anxiety yang teruk. Doktor menyuruhnya beristirehat dan fokus untuk sembuh

5f805dcc 0f0e 432b 93df 3ea59e5babe2

7. Chanty iaitu ahli kumpulan Lapillus mengumumkan akan fokus untuk berehat kerana kesihatannya yang semakin buruk. Idol yang berasal dari Filipina itu sememangnya tidak mengikuti kegiatan kumpulan untuk waktu yang cukup lama

8c63543b 474e 419b 832f d951d709c06c

8. Agensi mengumumkan bahawa Do-a dan Yeonje ALICE akan berehat setelah disarankan oleh kumpulan perubatan untuk berehat akibat kesihatan yang memburuk

ed133722 572d 48bf 9b0b 949256a97a5c9. Agensi WJSN mengumumkan bahawa salah seorang ahlinya iaitu, Dawon berehat dari industri dan akan fokus istirehat kerana masalah kesihatan mental

fe5fc2be 3cfd 4057 9449 cc4835139d8510. Kang Daniel pernah merehatkan diri dan berdiam diri di tengah-tengah promosi yang sedang berjalan kerana masalah depresi dan mengidap gangguan panik dan anxiety melampau

96a078be ab0b 43b7 9d6e ec12597a325511. Beberapa tahun yang lalu, S.COUPS SEVENTEEN pernah menyepikan diri dari industri buat sementara waktu demi kestabilan mentalnya

f7ff7041 96de 4e01 96c1 4bfac852a8ae

12. Pada tahun 2019, Mina TWICE pernah berehat kerana menghidap gangguan anxiety akibat banyak komen negatif yang diterima

fbed6743 035d 4d56 a119 8b3757fb2c1a13. Wendy Red Velvet sempat menyepikan diri cukup lama setelah terjatuh dari pentas ketika tampil di pentas SBS Gayo Daejeon pada tahun 2019

e87999b2 0601 4dcf 823e 5d690e06324014. Ya An PENTAGON pernah berehat dari industri seni selama lebih dari satu tahun pada 2019 untuk fokus pada kesihatannya

6db01bc5 a11e 4f36 9389 ea9d6202ab8515. Sama seperti beberapa idol lainnya, Haseul LOONA pernah menyepikan diri cukup lama kerana didiagnosis gangguan anxiety lalu membuat comeback bersama kumpulannya pada pertengahan tahun 2021

daf1dd99 8516 40e9 9401 98523b77bfe216. Jaemin NCT Dream pernah berehat kerana cedera tulang yang dideritanya, tetapi kini idol berusia 22 tahun itu sudah kembali aktif mengikuti segala kegiatan kumpulannya

702c5775 0c9a 4fb9 899d c55521e446c517. Dahulu, Rei IVE memutuskan untuk berehat buat sementara kerana masalah kesihatan sewaktu kumpulannya sedang sibuk membuat promosi album pertama mereka

6e233b6a bd41 4da7 af47 535e16a15ae018. Kyoungyoon baru sahaja memutuskan untuk menyepikan diri setelah dilanda kontroversi ajaran sesat JMS yang membuat kesihatan fizikal dan mentalnya terganggu

b000f05a 3325 4eea 8fe2 7c4bbe99424919. Jeongyeon TWICE juga pernah berehat dari dunia glamor untuk fokus pada masalah kesihatannya. Kini dia sudah kembali lebih sihat dan ceria

Demikian adalah beberapa senarai Idol K-Pop yang pernah memilih untuk berehat atau menyepikan diri dan untuk memulihkan kesihatan mereka. Semoga bintang idol yang baru sahaja memutuskan untuk berehat kebelakangan ini segera melakukan comeback dengan keadaan pulih sepenuhnya!

Dan sekali lagi takziah kepada semua peminat, sahabat handai, rakan kenalan artis dan keluarga mendiang Moonbin yang baharu sahaja meninggalkan dunia ini pada 19 April 2023.

Baca Juga: Bintang K-POP Moonbin Ditemui Mati Di Apartmennya Kerana Disyaki Membunuh Diri