Selama ini kita mungkin hanya mengenali boyband atau girlband dari Korea Selatan. Rupanya Korea Utara juga ada girlband yang tidak kalah popular!
Moranbong Band atau turut dikenali sebagai Moran Hill Orchestra merupakan kumpulan penyanyi wanita pertama dari Korea Utara yang dibentuk sejak 2012.
Band ini bukan biasa-biasa kerana dipilih sendiri oleh Presiden Korea Utara, Kim Jong Un. Dianggap sebagai National Treasure Korea Utara, anggota Moranbong Band dikatakan bukan calang-calang wanita.
Pemilihan Ahli Moranbong Band
Pemilihannya agak ketat, bermula dari penilaian bakat sehinggalah latar belakang keluarga. Hanya mereka yang memiliki rekod bersih berjaya tembus kerana para member Moranbong Band akan sering tampil di hadapan Kim Jong Un.
Terdapat beberapa sumber mengatakan bahawa kebanyakan ahli band tersebut merupakan pelajar Universiti Pyongyang.
Sumber lain pula mengatakan Kim Jong Un memilih wanita muda dalam kalangan tentera untuk menjadi member girlband ciptaannya tersebut. Salah seorangnya adalah ketua kumpulan Moranbong iaitu Hyon Song Wol yang dikatakan berpangkat Kolonel.
Presiden Sendiri Buat Lagu
Selain memilih anggota Moranbong, Kim Jong Un turut menggubah beberapa lagu yang mereka bawakan iaitu O My Motherland Full of Hope, Our Father, dan We Think of the Marshall Day and Night.
Kim Jong Un digambarkan sebagai figura yang menyeramkan namun ada lagu ciptaannya bernada ceria. Sekiranya BLACKPINK melantunkan lagu ‘Let’s kill this love’, Moranbong pula menyanyikan lagu ‘Let’s Study’.
Antara perkara yang membezakan Moranbong dengan band wanita dari Korea Selatan adalah kumpulan ini terdiri daripada 5 orang penyanyi wanita dan 11 hingga 20 orang member lain sebagai pemuzik.
Untuk menjadi member Moranbong, mereka mestilah boleh menyanyi dan bermain alat muzik seperti biola, dram, gitar dan saksofon.
Penampilan Moranbong
Berbeza dengan band wanita dari Korea Selatan, penampilan mereka cukup menarik cuma kelihatan seperti tersekat pada zaman retro dengan balutan gaun pendek berwarna-warni bling-bling.
Malah mereka turut mengangkat lagu-lagu Barat seperti My Way dendangan Frank Sinatra serta beberapa lagu dalam filem Disney seperti Snow White dan Winnie The Pooh.
Perlahan-lahan penampilan Moranbong mula berubah. Pada awal debut mereka mengenakan baju ala girlband K-Pop. Kemudian selera fesyen itu berubah jadi gaya perwira. Mereka tampil berpakaian seragam mirip tentera Korea Utara.
Tema Lagu
Menurut laman Prambors, lagu-lagu yang dinyanyikan pun bukan lagi bertemakan cinta dan persahabatan tetapi lebih terarah kepada Kim Jong Un. Hal ini boleh dilihat dalam beberapa lirik lagu:
Bagaimana dia begitu baik?
Senyumnya begitu hangat dan manis
Saya tiada pilihan lagi selain tertarik padanya dan kebaikan hatinya
Meskipun Moranbong merupakan salah satu usaha Korea Utara untuk memperkenalkan budaya pop dari negara itu, mereka tetap mengawal setiap pesanan dan mesej menerusi lagu-lagu tersebut.