Dalam drama siri Moving (2023), Kim Doo Sik (Jo In-sung) dan Jang Ju Won (Ryu Seung-ryong) dipasangkan sebagai rakan sekerja dalam menyelesaikan misi dan tugas rahsia.
Dalam “Moving”, Kim Doo Sik adalah senior Ju Won yang lebih awal lagi menyertai agensi perisikan ANSP. Walaupun menyertai ASNP dalam masa yang berbeza, kedua-dua rakan ini mampu bekerja sama dalam memecahkan dan menyelesaikan misi berbahaya yang mengancam nyawa.
Sementara itu, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kesetiaan Jang Ju Won sebagai sahabat kepada seniornya iaitu Kim Doo Sik. Jika anda ingin tahu, jom kita lihat ulasan berikut ini.
Awas! artikel ini mengandungi spoiler, ya!
1. Jang Ju Won adalah satu-satunya rakan sekerja yang sangat rapat dan dekat dengan Kim Doo Sik. Lelaki ini begitu mengharapkan dan mempercayainya
2. Dia juga sangat menghormati Kim Doo Sik sebagai seorang senior, walaupun dia ternyata lebih tua dari Kim Doo Sik
3. Seperti yang semua orang tahu, Jang Ju Won sangat dikenali dengan integriti diri yang baik sehingga dapat menjaga semua rahsia senior yang dihormatinya itu
4. Antara rahsia paling besar yang disimpan oleh sosok yang digelar sahabat sejati ini adalah ketika Kim Doo Sik dan Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo) sedang hangat dilamun cinta, Jang Ju Won juga sanggup menjemput Kim Doo Sik supaya dia tidak dicurigai oleh pihak agensi
5. Kim Doo Sik pernah menghilangkan diri ketika menjalankan misi seorang diri ke Korea Utara, Jang Ju Won sangat runsing dan bimbang ketika itu
6. Tambahan pula, Jang Ju Won cukup terpukul ketika Kim Doo Sik melakukan pemberontakan untuk cuba melepaskan diri dari agensi
7. Dalam situasi yang paling sukar, Kim Doo Sik masih mempercayai Jang Ju Won untuk dijadikan tempat meminta tolong bagi melindungi Lee Mi Hyun supaya dia tetap selamat
Tentu sahaja ketujuh-tujuh alasan tentang kesetiaan mereka sebagai sahabat ini dapat menjadi bukti yang cukup tentang kesetiaan Jang Ju Won. Bahkan, ramai yang menyukai pasukan yang solid tersebut dan berasa sedih apabila pasukan mereka menemui pengakhiran begitu.