Drama siri yang kini sedang hangat diperkatakan iaitu Moving (2023) nampaknya telah berjaya mempersembahkan banyak perkara menarik, konflik yang mendebarkan dan kisah cinta derita yang seakan-akan tidak pernah habis dan tiada penghujung.
Para penonton ditinggalkan dengan banyak teka teki dan tanda tanya setiap kali habis menonton episod baru drama siri ini. Setiap episod dalam drama siri ini memaparkan kisah setiap watak yang sedang berkembang semakin dalam untuk menjelaskan latar belakang mereka masing-masing. Satu demi satu misteri juga mula terungkap dan terungkai.
Salah satu adegan yang menjadi nilai tambah penting dalam penceritaan ini adalah kehadiran watak Min Yong Jun (Moon Sung-keun). Dia merupakan tunggak utama sebagai penggerak jalan cerita yang berjaya membawa sisi gelap badan perisikan rahsia pada waktu itu. Tambahan pula, watak lelaki ini tergolong sebagai watak antagonis yang menyembunyikan agenda tersendiri yang menyebabkan banyak konflik tercipta untuk watak-watak lain.
Para penonton setia Kdrama Moving pasti tertanya-tanya bukan? Jom sama-sama kita lihat mengapakah watak Min Yong Jun merupakan pencipta utama konflik yang berlaku dalam drama siri Moving seperti berikut ini.
Artikel ini mengandung spoiler ya!
1. Min Yong Jun menggunakan manusia-manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk menjadi asetnya dengan sangat ego
2. Walaupun sangat bijak dalam membangun strategi, Min Yong Jun terlalu berfikiran sempit hingga memecah belahkan organisasi
3. Dia tidak menjaga sepenuhnya kepercayaan yang diberikan oleh pihak atasan dan juga orang bawahannya. Lebih teruk lagi, Min Yong Jun sanggup untuk berlaku khianat
4. Dia melancarkan beberapa misi rahsia tanpa berkomunikasi dengan Rumah Biru sedangkan perkara ini berkaitan dengan urusan dua hala antara negara
5. Min Yong Jun tidak pernah bertanggungjawab atas keselamatan setiap ejen yang sudah bersara. Ramai bekas ejen kehilangan nyawa!
6. Cita-citanya begitu besar, dia tetap menguruskan organisasi secara tersembunyi walaupun organisasi telah dibubarkan oleh Rumah Biru
7. Dia juga bersetuju dengan Projek Pembangunan Bakat Nasional (NTDP) yang bertujuan untuk memanfaatkan anak-anak keturunan manusia luar biasa
Semua alasan tersebut menjadi bukti atas sikap antagonis Min Yong Jun. Konflik juga mula berkembang dan semakin menghampiri klimaks dengan kemunculan wataknya. Adakah Min Yong Jun akan memulakan langkah yang lebih ekstrem? Saksikan sambungan kisah Moving setiap hari Rabu di Disney+ ya!