Home Artis Korea Kdrama Moving, 9 Watak Superhero Dengan Gabungan Kuasa Ajaib

Kdrama Moving, 9 Watak Superhero Dengan Gabungan Kuasa Ajaib

0

Disney+ Hotstar baru sahaja berkongsi poster sembilan watak protagonis drama siri Korea terbaru, Moving (2023)!!

Ramai pelakon ternama seperti Jo In Sung, Han Hyo Jo, Ryu Seung Ryong dan Go Youn Jung tampil untuk mewarnai drama siri superhero ini.

Moving adalah drama diri yang diasaskan dari webtoon yang menceritakan tentang usaha manusia yang mempunyai kekuatan super untuk hidup normal di kalangan masyarakat. Namun satu keadaan tidak terduga membuatkan mereka perlu melatih dan menggunakan kekuatan mereka demi kebaikan.

Sebelum menonton drama siri Moving yang akan ditayangkan pada hari ini 9 Ogos 2023, jom kita lihat 9 watak protagonisnya untuk Kdrama ini:

 

a3c775f8 5485 4f9f bd0a 281f7bacedbd1. Kim Doo Shik (Jo In Sung), ayah Kim Bong Seok (Lee Jung Ha), adalah ejen NIS yang mempunyai kuasa terbang serta merupakan pakar menembak

 

491a1bf7 1bed 41a8 affe da755bdadcad2. Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo), ibu Kim Bong Seok juga merupakan bekas ejen NIS yang sangat mahir menembak, namun dia menyembunyikan identitinya dan berselindung sebagai pemilik restoran

 

522f79a9 ed89 4ed2 a9f5 ccac0264cf5f3. Kim Bong Seok mematuhi ibunya dan menyembunyikan kebolehannya untuk terbang, tetapi dalam hati, dia ingin menjadi pahlawan (superhero)

 

8c3b1395 6e3b 417e 866d 995bdbe889344. Jang Hui Soo (Go Yoon-jung) kawan kepada Kim Bong Seok yang mempunyai kuasa menjana semua (regenerate), dia merupakan seorang gadis baik yang sangat menyayangi ayahnya

 

c93175ff 31a1 4f86 88e8 69f90285a19e5. Lee Gang Hoon (Kim Do Hoon) mempunyai kepantasan dan kekuatan super, dalam diam dia menyukai Jang Hui Soo

 

88097d6a a27c 4e78 b7a7 43f24fdb7c4e6. Jang Ju Won (Ryu Seung Ryeong), ayah kepada Jang Hui Soo juga merupakan bekas anggota NIS dengan kekuatan jana semula. Dia sering jadi perisai ketika bertugas

 

40009003 3d23 4200 8fac 40e89abbbbb57. Lee Jae Man (Kim Sung Kyun) lahir dengan kepantasan dan kekuatan super, tetapi mempunyai kesukaran untuk mengendalikan kebolehannya. Beberapa kali meringkuk dalam penjara membuatkan dia berusaha untuk hidup bersembunyi

 

04a3551f b8c9 4d5a 9391 fa32383d78238. Choi Il Hwan (Kim Hie Won) adalah guru kelas para pelajar yang mempunyai kebolehan luar biasa, dia juga merupakan ejen NIS yang aktif namun cara hidupnya berubah setelah menjadi guru

 

Moving9. Watak Jeon Gye Do (Cha Tae Hyun) tidak ada dalam versi webtoon, dia digambarkan sebagai watak seorang pemandu bas dengan kebolehan untuk mengawal elektrik

Drama siri Moving akan mengajak anda untuk melihat perjuangan semua sembilan watak protagonis ini dalam mencapai tujuan mereka. Bukan hanya babak aksi dengan banyak kekuatan yang luar biasa, anda juga boleh menyaksikan drama tentang kasih sayang antara ibu bapa dan anak serta sesama manusia lain dalam drama ini.

Jangan lupa untuk menonton Moving yang akan ditayangkan hari ini, 9 Ogos 2023, dengan memaparkan 7 episod pertama secara keseluruhan pada hari pertama siaran. Seterusnya drama siri ini akan ditayangkan sebanyak 2 episod setiap minggu. Moving berjumlah 20 episod semuanya. Selamat menonton!

Baca lagi: 7 Kdrama Yang Dibintangi Go Yoon Jung, Terbaru ‘Moving’ 9 Ogos Ini
Baca juga: 9 Fakta Kdrama Aksi Superhero “Moving” 4 Ogos Ini