Home Fashion Muka Rosé BLACKPINK Senang Sembab Kerana Makanan Pedas, Ini Yang Dilakukannya Sehari...

Muka Rosé BLACKPINK Senang Sembab Kerana Makanan Pedas, Ini Yang Dilakukannya Sehari Sebelum Peggambaran Untuk Nampak Cantik

0

Sebagai bintang muka depan untuk majalah “ELLE” edisi Jun, Rosé BLACKPINK telah menjawab 12 soalan yang dihantar oleh peminat.

1653177766 blackpink rose 4Dalam temu bual itu, Rosé turut berkongsi petua swafoto (selfie) serta penjagaan badan. Khususnya, dia mendedahkan bahawa dia seorang yang mudah nampak sembab. Sungguhpun begitu, dia gemar makan makanan pedas terutama pada waktu malam.

Bagaimanapun, dia menunjukkan profesionalisme penuh dan semangat yang kuat sambil berkongsi cara dia mengawal dietnya sebelum penggambaran.

Saya cuba untuk tidak makan apa-apa yang terlalu pedas sehari sebelum penggambaran. Jika saya lapar pada waktu malam, saya hanya menahannya semampu yang boleh, dan saya tidak akan makan apa-apa.”

1653177701 img 20220521174924 5b34aa7e

Di samping itu, dia juga mengaku bahawa dia sering mengidamkan makanan yang pedas apabila dia sedang bekerja, tetapi kerana dia tahu yang wajahnya akan membengkak (sembab) apabila memakannya, dia akan memilih untuk makan salad sebanyak mungkin.

Tetapi selepas penggambaran, dia biasanya akan melayan keingginanya itu dengan pergi memakan makanan yang diingini itu dengan segera.

Lihat temu bual penuh di bawah!

Baca lagi: From Now On, Showtime! Tak Ramai Tahu Rahsia Kehebatan Ahli Silap Mata Ini

Baca lagi: Bertarung Dengan Kanser, YouTuber Korea Kkuming Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Peminat Di Video VLOG Terakhirnya

Sumber: [1]