Para peminat My Dearest perlu bersiap sedia untuk berpisah dengan pasangan Jang Hyun (Nam Goong Min) dan Gil Chae (Ahn Eun Jin).
Kdrama “My Dearest” dari MBC ini berjaya menarik perhatian dengan jalan cerita menarik dan konflik yang tiada henti. Lakonan berkesan para pelakon juga membuatkan penonton jatuh hati.
Berita gembira sampai apabila pihak MBC telah rasmi mengumumkan penambahan satu episod untuk Kdrama ini. My Dearest akan berakhir di episod 21 pada hari Sabtu, 18 November 2023.
Menjelang penamat drama siri My Dearest, sepuluh persoalan berikut ini masih memerlukan jawapan untuk memberi penamat yang memuaskan hati penonton.
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!
1. Jang Hyun sebelum ini mengaku dia adalah Gu Yang Cheon pada orang bawahan
Raja Injo (Kim Jong Tae). Adakah identiti sebenarnya akan diketahui?
2. Gak Hwa (Lee Chung Ah) belum menyerah dan datang ke Joseon untuk memastikan keadaan Jang Hyun. Apakah rancangan Gak Hwa dan pihak Qing?
3. Selepas ingatannya kembali, adakah Jang Hyun akan menonjolkan dirinya di istana? Kini dia dicari kerana menghilangkan diri selepas diseksa
4. Terungkap bahawa ayah Jang Hyun adalah Jang Chul (Moon Sung Geun), ketua Sarim. Adakah Jang Hyun dapat bertemu lagi dengan ayahnya?
5. Namun, nasib Jang Chul dan para cendekiawan di Sarim juga masih belum jelas. Adakah mereka boleh menghentikan kekacauan Raja Injo?
6. Sebelum Putera Mahkota So Hyun (Kim Mu Jun) menghembuskan nafas terakhir, dia menulis surat untuk Jang Hyun. Apakah sebenarnya isi surat tersebut?
7. Nasib Gu Yang Cheon (Choi Moo Sung) dan para tawanan belum jelas selepas mereka gagal pulang. Adakah mereka akhirnya boleh kembali ke Joseon?
8. Pada episod awal, Jang Hyun dikejar oleh ramai orang. Adakah Raja Injo yang memberi arahan kerana tahu dia adalah penterjemah Puttera Mahkota?
9. Misteri di episod awal tentang orang yang menunggu Jang Hyun di penjara dan pura-pura gila juga belum terjawab. Siapakah dia sebenarnya?
10. Persoalan paling penting yang membuat penonton My Dearest tertanya-tanya adalah bolehkan Jang Hyun dan Gil Chae hidup bersama hingga ke akhir?
Mengenai Jang Hyun dan Gil Chae, sangat ramai penonton yang mengharapkan sebuah pengakhiran yang bahagia. Kematian Putera Mahkota dan Puteri Mahkota nampaknya bakal memberi kesan pada hidup mereka.