Home Entertainment “My Dearest” Part 1, Nasib Akhir 13 Watak

“My Dearest” Part 1, Nasib Akhir 13 Watak

0

Drama siri My Dearest berjaya mengguris emosi para penonton selama tempoh penayangannya.

My Dearest telah berakhir dengan sepuluh episod untuk bahagian 1 dan akan diteruskan dengan sepuluh episod juga untuk bahagian dua nanti. Dikhabarkan bahawa bahagian kedua drama siri My Dearest ini akan ditayangkan pada bulan Oktober nanti.

Sementara itu, para penonton perlu menunggu selepas menonton pengakhiran Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) dan Yoo Gil Chae (Ahn Eun-jin) yang tidak bahagia pada episod 10. Nasib Ryang Eum yang tergantung juga membuatkan para penonton tertanya-tanya.

Berikut merupakan nasib akhir 13 watak dalam Kdrama My Dearest bahagian 1:

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

 

 

My dearest 1. Jang Hyun kembali ke Simyang setelah ditolak oleh Gil Chae. Dia kelihatan membantu orang-orang Joseon melarikan diri dari serangan kumpulan manusia yang memakai pelitup muka biru

 

13b07699 6956 42ca b546 e0068f194e862. Gil Chae tetap bersama keluarganya di Joseon dan tidak pergi bersama Jang Hyun. Dia kini berstatus sebagai isteri kepada Goo Won Moo (Ji Seung Hyun)

 

 

55a744e0 abc5 4bec a3de 34fd8d11d5ee3. Kyung Eun Ae (Lee Da In) yang telah melalui pelbagai kesukaran berjaya bertahan bersama Gil Chae. Kini, hidupnya sudah lebih baik di Joseon

 

 

e1ad192e 7c99 4914 a52d 6aea6f35db354. Nam Yeon Jun (Lee Hak Joo) telah dibebaskan dengan bantuan Yeong Cheol (Moon Sung Keun). Dia juga boleh tinggal bersama penduduk Neunggun-ri

 

 

3b3467a2 db18 48af 8359 eb1131042b4f5. Ryang Eum (Kim Yoon Woo) yang pernah bertengkar dengan Jang Hyun nampaknya tidak ikut ke Simyang. Dia hanya melihat rakannya pergi dari kejauhaan

 

26e94dd5 b803 47ba ac3d 3b92ff8eea56

6. Hanya Goo Jam (Park Kang Sub) yang turut menemani Jang Hyun ke Simyang. Namun, dia tidak boleh pergi bersama orang yang dicintainya

 

 

cc39f117 33d6 4a2d b99a a5a5c978f07e7. Jong Jong (Park Jeong Yeon) ingin menetap di Joseon bersama penduduk Neunggun-ri. Dia sangat terkejut melihat Gil Chae yang tidak jadi untuk pergi

 

 

dc3330a3 22d9 4d88 9090 2423a12587378. Goo Won Moo yang hampir sahaja kehilangan Gil Chae kini mendapat pengakhiran yang baik. Dia selalu berada di sisi Gil Chae dan kelihatan sangat tulus padanya

 

5035b765 5ec6 4e60 81c9 10ede305d475

9. Raja Injo (Kim Jong Tae) nampaknya tidak suka dengan tindakan putera mahkota di Qing. Walaupun begitu, dia tetap menyambut kunjungan anaknya

 

0b52aea4 a896 4c62 87f9 0a523a7dd57710. Putera Mahkota So Hyun (Kim Mu Jun) kini memilih untuk menjadi lebih rasional sewaktu menghadapi pegawai dan Maharaja Qing supaya dia boleh bertahan untuk hidup

 

7280dbff 2d13 420d 87b6 4390f017b85211. Khan (Kim Joon Won) berjaya mendapat pengakuan dari Raja Injo sebagai seorang maharaja. Dari Joseon dia telah mendapat banyak keuntungan

 

4ea14cb7 d01f 47d8 a04f 2fc24f99cb0a12. Yong Gol Dae (Choi Young Woo) menyuruh Jang Hyun untuk membuktikan kebolehan dirinya dan memanfaatkan saat itu untuk kepentingannya

 

b9224d21 8914 41df 8266 00d3fde71b9613. Identitinya belum diketahui, wanita dari kumpuan yang memakai pelitup muka biru di Simyang ini sepertinya akan berhubungan dengan Jang Hyun

Pengakhiran bahagian pertama My Dearest sangat dinanti-nantikan oleh para peminat setia Kdrama ini. Perkara itu dapat dibuktikan apabila melihat ratingnya yang mencapai 12.2 peratus secara di negara Korea. Namun, penonton perlu bersabar untuk menantikan sambungan kisahnya pada bulan Oktober akan datang.

Anda rasa hubungan Jang Hyun dan Gil Chae benar-benar berakhir atau tidak?

Baca lagi: 5 Filem dan Drama Korea Berlatarkan Zaman Pemerintahan Raja Injo, Menarik dan Mendebarkan
Baca juga: 8 Filem Korea Bakal Tayang September 2023 Ini