My Dearest Part 2 telah akhirnya telah melabuhkan tirai dengan tambahan episod kerana popularitinya yang tinggi.
My Dearest Part 2 membawa latar pada era Joseon sewaktu kedatangan penceroboh dari Mongolia. Drama siri ini meneruskan kisah cinta antara Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) dan Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Penonton memang tertanya-tanya adakah drama ini akan berakhir dengan happy ending atau sebaliknya pengakhiran yang menyedihkan.
Berikut adalah nasib akhir 12 watak penting dalam drama siri My Dearest Part 2. Jom sama-sama kita lihat!
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.
1. Selepas hampir terbunuh, Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) menghilangkan diri selama bertahun-tahun dan mengalami masalah hilang ingatan
2. Selepas kembali ke kampung halaman, Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) terpisah dengan Lee Jang Hyun. Nasib baik, mereka bertemu kembali dan hidup bahagia
3. Nam Yeon Joon (Lee Hak Joo) pernah memburu Lee Jang Hyun kerana mengikut arahan. Namun akhirnya, dia membiarkan Lee Jang Hyun melarikan diri
4. Hubungan antara Kyung Eun Ae (Lee Da In) dan suaminya pernah berantakan. Namun, kedua-duanya bersama kembali
5. Gak Hwa (Lee Chung Ah) sanggup datang ke Joseon demi Lee Jang Hyun. Namun, dia memilih untuk merelakan pujaan hatinya itu untuk bersama wanita lain
6. Ryang Eum (Kim Yoon Woo) hidup di dalam kurungan penjara tanpa mengetahui apakah yang terjadi pada Lee Jang Hyun
7. Selepas Yoo Gil Chae kembali dari Dinasti Qing, Goo Won Moo (Ji Seung Hyun) akhirnya bercerai karena telah berkahwin lain dan mempunyai anak
8. Kisah cinta Goo Jam (Park Kang Sub) dan Jong Jong (Park Jeong Yeon) berakhir ke jinjang pelaminan. Kedua-duanya hidup bahagia bersama
9. Selepas menderita melawan penyakitnya sejak sekian lama, Putera Mahkota So Hyun (Kim Mu Jun) meninggal dunia sewaktu dia dituduh merancang pemberontakan
10. Merasa terpukul dengan kematian suaminya, Bin Kang (Jeon Hye Won) memilih untuk mengakhiri hidupnya dengan meminum racun
11. Sementara itu, Raja Injo (Kim Jong Tae) juga meninggal dunia akibat penyakitnya dengan rasa takut dan kebimbangan besar dalam hati
12. Selepas memberi arahan untuk membunuh anaknya yang hilang, Jang Cheol (Moon Sung Geun) memilih membunuh diri akibat rasa bersalah
Harapan para penonton muncul apabila Lee Jang Hyun berjumpa lagi dengan Yool Gil Chae. Mereka berjaya bersama selepas perjuangan panjang dan sangat lama. Bagaimanakah pendapat anda tentang pengakhiran mereka dalam ending My Dearest Part 2? Puas hati?