Home Entertainment My Perfect Stranger: 6 Penderitaan Ibubapa Yoon Young Semasa Muda

My Perfect Stranger: 6 Penderitaan Ibubapa Yoon Young Semasa Muda

0

My Perfect Stranger memaparkan teka-teki tentang kisah pembunuh bersiri di Desa Woojung yang masih menjadi misteri

Namun, drama My Perfect Stranger ini bukan hanya membuatkan para penonton pening memikirkan teka teki siapa pembunuh sebenar, ia juga mempunyai banyak pengajaran positif mengenai hubungan ibu bapa dan anak.

Drama My Perfect Stranger ini secara tidak langsung memberi pengajaran kepada para anak-anak supaya jangan salah faham dengan ibu bapa dan perlu selalu cuba memahami mereka.

Seperti yang terjadi kepada Baek Yoon Young (Jin Ki-joo) dalam drama My Perfect Stranger, dia menjadi sedih tidak terkata setelah melihat sendiri bagaimana kehidupan masa muda ibu bapanya yang dipenuhi konflik pada tahun 1987.

1. Lee Soon Ae pernah menjadi mangsa buli rakan sekelasnya

My perfect strangerLee Soon Ae (Seo Ji Hye) pada masa mudanya pernah menjadi mangsa buli rakan sekelasnya. Dia selalu dipaksa untuk melakukan banyak perkara yang tidak disukainya. Dia juga mengaku kepada Baek Yoon Young bahawa dia tidak disukai oleh rakannya. Mengetahui keadaan ibunya yang seperti itu, Yoon Young lalu memilih untuk masuk ke sekolah yang sama supaya dia boleh melindungi ibunya.

2. Ko Mi Sook selalu mengambil kesempatan ke atas Lee Soon Ae

IMG 9283Baek Yoon Young sering mendapat tekanan sewaktu menjadi editor Ko Mi Sook (Kim Hye Eun) pada tahun 2021. Ko Mi Sook tidak mahu mengakui sumbangan besar Baek Yoon Young terhadap tulisannya. Ternyata, kejadian yang sama juga menimpa Lee Soon Ae pada masa persekolahnya. Ko Mi Sook (Chi Hae Won) waktu itu juga menggunakan cara yang sama untuk memanipulasi fikiran ibu dari Baek Yoon Young tersebut.

3. Lee Soon Ae tidak diberi kebebasan untuk mengejar impian

e112cf5f 788b 4d57 ac60 2042aa2a6cb3Baek Yoon Young baru sedar bahawa selama ini ibunya selalu memberi ruang untuknya yang gemar membaca buku. Dia mengetahui, Lee Soon Ae versi muda tidak mendapat perkara itu dari ibubapanya dan lebih teruk lagi hobinya untuk membaca buku dikatakan tidak berguna. Impian Lee Soon Ae untuk menjadi penulis juga terkubur kerana kurangnya sokongan dari kedua ibubapanya.

4. Baek Hee Seob kehilangan ibubapa dan abang sulong sejak kecil dengan cara yang sangat tragik

IMG 9284Baek Hee Seob kehilangan ibubapa dan juga abang sulongnya , Jin Seob dengan cara yang tragik. Oleh sebab itulah, dia takut kehilangan abang keduanya, Yu Seob (Hong Seung An), yang juga melakukan perkara sama seperti yang dilakukan oleh Jin Seob. Abang kedua Baek Hee Seob turut berdemonstrasi terhadap kerajaan. Yoon Young baru menyedari mengapa ayahnya begitu menjaga bapa saudaranya selama ini.

5. Baek Hee Seob pernah diseksa oleh polis secara kejam

IMG 9285

Kerana tidak mahu abangnya ditangkap, Hee Seob pun menerima seksaan yang sangat teruk daripada polis yang kejam, polis mahu dia membuka mulut. Baek Yoon Young yang ada di lokasi melihat bagaimana Hee Seob diseksa dan mengetahui punca yang menyebabkan kaki ayahnya tempang selama ini.

6. Lee Soon Ae dan Baek Hee Seob dipaksa untuk berdiam mengenai kebenaran oleh orang dewasa

IMG 9287Penangkapan Baek Hee Seob yang sebagai tertuduh pembunuhan Lee Ju Young (Jung Ga Hee) dan Lee Kyung Ae (Hong Na Hyun) sebenarnya boleh diselesaikan jika Hee Seob dan Soon Ae buka mulut. Semuanya kerana pada malam kejadian pembunuhan itu, Hee Seob ada bersama Soon Ae.

14d4f1aa 5193 4471 aac8 724f6c607a31 1Setelah terlibat dalam kisah masa muda ibubapanya, Yoon Young telah mengetahui banyak fakta tentang mereka yang tidak diketahuinya selama ini. Melihat pengalaman pahit yang dilalui oleh kedua ibubapanya, Yoon Young mula menyerah kalah untuk memisahkan mereka yang jelas sudah ditakdirkan untuk bersama.

Jangan lupa saksikan My Perfect Stranger yang semakin menegangkan dan kini masih ongoing di platform striming Viu Malaysia!

Baca Lagi: 5 Kdrama Menarik Lakonan Kim Dong Wook

Baca Juga: 10 Watak Penting Dalam Kdrama My Perfect Stranger