Banyak situasi yang pastinya akan membuat kita terhibur dan adakalanya situasi tersebut sangat mustahil untuk berlaku.
Baru-baru ini tular sebuah klip video di tiktok @keyrolahcong di mana situasi menunjukkan sebuah keluarga yang dikatakan tertinggal adiknya di RNR. Perkara itu terjadi kerana maknya tidak perasan anaknya itu keluar pergi ke tandas dan baru menyedari setelah sudah separuh jalan. Mujur ketika itu adiknya membawa telefon dan mereka menyuruh adiknya itu menumpang kereta salah seorang di RNR tersebut. Situasi tersebut telah menarik perhatian netizen dan masing-masing terhibur dengan situasi itu.
“Nasib anak lelaki, kalau anak perempuan mau merajuk terus tak ada mood dah nak pergi daftar u”
“ni lawak..lepas2 ni kena kira org tally Ker tak”
Baca juga : Terserempak Dgn Kereta Polis Peronda Ketika Tak Pakai Helmet, Reaksi Adik Ini Yg Tenang Tarik Perhatian Netizen
Baca juga : Rakaman Adik Menunggu Family Ketika Balik Sekolah Sehingga Tertidur Buat Netizen Sebak
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@HarleyQuinzel : pernah pi rombongan knduri dari perlis ke melaka. dlm bas kira smua org2 skampung. kat rnr mana ntah tertinggal ketua kampung. HAHAHAHA. mrajuk kwan tu
@OppaAidil : kenape di tinggalnye watak utama dlm citer ni..tukar uminya jela dftr masuk uia..
@Amira Adnan : Dh femes kau 1 uia gambang tu dik. Belum masuk dh femes..’eh kau yg tertggal kt rnr tu eh’ aduh tk menahan aku
@kashfulwaridahsha : Tgk mak2 terbaik p teruih kat keta menyantuni org yg baik tolong hntq anak dia. Terima kasih org baik
@My Name is Flower : ni bukan adik dia yg excited masuk uni tapi akak2 dia yg excited ni sampai tertinggal adik
@Asyraf Hakimi : Org ganu susah sikit nk sebut rnr sbb rse mcm lekat kt tekok agh en aghh
@Nadiah Rahim239 : Haha takut plk, pasni akn ku ingt, jgn lupa bwa fon klau turun mana2
@kai : steady dekkk, kalau akak dah menangis memberontak tinggal aku kat rnr
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram