Amat menyedihkan sekali apabila seorang mertua telah menghantar “Sihir Nasi Kangkang” kepada menantunya untuk mengikis harta menantu tersebut. Sihir Nasi Kangkang merupakan satu amalan ilmu sihir hitam yang kebiasaannya merupakan perbuatan untuk menundukkan sesuatu pihak bagi menundukkan sebuah pihak yang lain dan biasanya diperlakukan oleh isteri terhadap suami.
Walau bagaimanapun, kejadiannya sudah berubah sama sekali apabila ianya diperlakukan oleh seorang ibu mertua terhadap menantu perempuannya. Ain yang merupakan nama samaran telah menceritakan bahawa perkara tersebut telah terbongkar apabila beliau secara tidak sengajanya telah pulang ke rumah untuk mengambil ‘handphone’ miliknya. Namun, apabila beliau tiba di rumah, aksi ibunya yang sedang “mengangkang” di atas nasi yang tengan berasap itu telah dipertontonkan.
Baca lagi: Kerajaan Bagi ‘Cash’ RM85,000 Kepada Pengantin Lelaki Jika Kahwin
Ain telah mengatakan bahawa hatinya luluh melihat perkara tersebut di depan matanya dan beliau terus tersedar bahawa selama ini beliau telah “diperbodohkan” oleh ibu mertuanya sendiri.
“Patutlah selama ini dia minta apa pun, akan bagi walaupun terpaksa keluarkan duit modal sampai licin dalam simpanan…” – Ain
“Masa dia minta, Ain turutkan saja macam Pak Turut walaupun hati sedih sebab itu duit modal…” – Luahnya
Ini merupakan kisah benar dari sebuah pusat rawatan Islam di Nilai, Negeri Sembilan.
“Bukan seratus dua dia mintak, 50K sekali mintak sampai dia suruh gadai emas dan kereta untuk bagi dia. Ain pun turutkan saja seolah di pukau…” – Luahnya lagi
Rata-rata netizen yang melihat klip video yang tular tersebut menceritakan perkara yang sama yang mereka hadapi. Ada juga yang turut menceritakan masalah “dalaman” mereka di ruangan komen.
Lihat klip video di bawah:
@rawatanislamusthasnan SIHIR NASI KANGKANG #rawatanislamnegerisembilan #rawatanarsyifa #rawatanislamalmustakim #rawatanislam ♬ suara asli – ♓©️♓🅰️Ⓜ️🅰️®️🅰️¹¹
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.