AKSI spontan bekas ahli kumpulan Winner iaitu, Nam Tae Hyun menangis ketika live di Instagram baru-baru ini mengundang kebimbangan peminat.
Menurut laporan Koreaboo, peminat menyatakan rasa bimbang berikutan penyanyi ini mengakui pernah berdepan tekanan sebelum ini.
Enggan membiarkan pengikutnya turut bersedih, Nam Tae Hyun memuat naik foto terkini dan memohon maaf kerana menangis semasa bersiaran langsung di Instagram.
“Maaf kerana buatkan anda risau beberapa hari ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Peminat lega apabila Tae Hyun memberitahu dia berada dalam keadaan baik.
Perkongsiannya itu membuatkan peminat mula berasa lega dan yakin Nam Tae Hyun berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Sebelum itu, jejaka berusia 25 tahun ini mengakui pernah berputus asa kerana kesukaran menghasilkan karya terbaik.
Bagaimanapun dia memberitahu sedang dalam proses memperbaiki diri.
Dah baca jgn lupa like, share dan komen yang baik- baik. Terima kasih
Sumber:mStar