Sungguh mengejutkan! Agensi Nam Tae Hyun mengambil serious akan tuduhan ini!
Peserta rancangan televisyen “Heart Signal 3” Seo Min Jae telah menuduh Nam Tae Hyun mengkhayalkan dan memukul nya dalam sebuah posting di Instagram.
Pada awalnya, Seo Min Jae memuat naik hantaran yang mengatakan Nam Tae Hyun menyuntik philopon atau dadah jenis methamphetamine dan memukulnya.
” Dia menggunakan philopon, jarum itu diletakkan samada di dalam bilik saya atau di kabinet ofis, dan dia juga turut memukul saya”
Selepas posting di atas dipadamkan, dia telah memuatnaik beberapa hantaran berserta gambar mereka berdua.
“Saya masih ada picagari yang digunakan oleh Nam Tae Hyun.”
“Nam Tae Hyun dan saya, kami memang penagih. Lihat di dalam kabinet ofis. Picagari dan …”
Dia kemudian memuat naik hantaran dan rakaman di dalam telefon miliknya. Bagaimanapun dia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai video rakaman tersebut.
“Ha,ada rakaman video di dalam telefon saya”
Dia turut mendakwa mereka pernah menjadi pasangan kekasih pada satu ketika dahulu.
“Dulu,semuanya indah”
Mereka berdua memilik bar di Itaewon, Unison. Seo Min Jae merupakan “influencer” dan jurutera di Hyundai Motors.
Perkara itu sedang disiasat oleh agensi Nam Tae Hyun, nantikan berita selanjutnya.
Sumber: KoreaBoo
Baca artikel terdahulu: “Semoga Bahagia”- Kim Jongkook & Song JiHyo Sudah Berkahwin?