Home Artis Korea Nama Eunji Kini Sedang Hangat, Ini 10 Kdrama Lakonannya, Semua Menarik

Nama Eunji Kini Sedang Hangat, Ini 10 Kdrama Lakonannya, Semua Menarik

0

Jung Eun Ji atau Eunji dikenali sebagai vokalis utama untuk girl group APink yang debut pada tahun 2011. Dia juga berjaya dalam cabang seni lakonan sebagai seorang pelakon. Pelakon ini memulakan karier lakonannya pada tahun 2012 sebagai pelakon utama drama Reply 1997.

Artis jelita yang dilahirkan pada 18 Ogos 1993 ini juga menunjukkan bakat lakonannya melalui beberapa buah drama popular. Pada tahun 2024 dia kembali berlakon untuk membintangi drama Korea terbaru yang berjudul Miss Night and Day.

Berikut dibawah ini adalah sepuluh buah drama Korea yang pernah dibintangi oleh Eunji.

 

Eunji1. Pertama kali debut dalam dunia lakonan dengan tampil dalam drama Reply 1997 (2012). Dia membawa watak sebagai Sung Shi Won, pelajar sekolah menengah yang meminati boy group H.O.T

 

 

 

e261d971 2703 453b a053 a8a682f13e6b2. Pada tahun 2013, lakonannya diteruskan lagi dalam drama That Winter, The Wind Blows dengan membawa watak sebagai Moon Hee Sun

 

a919fc12 dcee 4562 9818 b31a9eb63439

3. Muncul sebagai cameo dalam drama Reply 1994 (2013), artis ini kembali membawa watak sebagai Sung Shi Won

 

 

 

72925b68 a7da 49f4 bb5c 667456aabaf64. Eunji menjadi pelakon utama dalam Trot Lovers (2014). Dia membawa watak sebagai Choi Chun Hee yang sangat menyukai muzik trot dan menyimpan impian untuk menjadi penyanyi

 

 

 

ffbadb83 4eb9 44b8 afd6 c9ff591d80c7

5. Dalam drama Cheer Up! (2015), dia membawa watak sebagai pelajar sekolah menengah yang turut serta dalam kelab cheerleader sekolah

 

 

 

c0957292 c5db 4de6 b35d 88ddc604ad656. Eunji bergandingan dengan pelakon terkenal Jin Goo dalam drama Untouchable (2017). Kali ini, dia membawa watak sebagai seorang pendakwa raya

 

 

 

99d85e56 665b 4341 bb48 6e20d5c17ef27. Tampil sebagai cameo di episod 1 drama Backstreet Rookie (2020), pelakon ini membawa watak sebagai bekas kekasih Ji Chang Wook

 

 

 

324db09c 991e 426e b412 108a943d221b8. Eunji membintangi drama Work Later, Drink Now musim 1 dan 2 (2021-2022) sebagai Kang Ji Goo, seorang YouTuber yang membuat origami

 

 

c8ef9775 a02d 47bb a6e9 2ed0c93823a19. Tampil bersama Ok Taecyeon dan Ha Seok Jin dalam drama Blind (2022), dia membawa watak sebagai Jo Eun Ki yang merupakan seorang pekerja sosial

 

 

434e9855 df80 4e25 97ec 9f6a8c0098cf10. Dalam Miss Night and Day (2024), Eunji menjadi wanita muda yang terperangkap dalam tubuh wanita berusia 50-an dan menjalani kehidupan dua orang yang berbeza
Menjadi pelakon utama dalam drama terbaru Miss Night and Day (2024), dia bergandingan dengan pelakon terkenal Lee Jung Eun dan Choi Jin Hyuk. Drama tersebut ditayangkan di JTBC dan juga Netflix sejak 15 Jun 2024 yang lalu.

Baca lagi: Terhibur dengan Kdrama Miss Night and Day? Tonton 7 Kdrama Ini
Baca juga: Episod Awal Miss Night and Day Tampilkan Kejutan, Watak Utama Berubah Rupa Apabila Matahari Terbit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here