Home Disney+ Nampak Kejam dan Tiada Hati Perut, Justitia dalam The Judge From Hell...

Nampak Kejam dan Tiada Hati Perut, Justitia dalam The Judge From Hell Sebenarnya Ada Sifat Belas Kasihan

0

Justitia (Oh Na Ra) adalah iblis yang bertugas sebagai hakim untuk menghantar para manusia kejam yang merupakan pembunuh ke Gehenaa dalam drama Korea The Judge from Hell.

Iblis itu sedang menjalankan masa hukuman di dunia dengan merasuk tubuh badan Kang Bit Na (Park Shin Hye), Justitia dihukum ke bumi kerana dia tersalah menghantar Kang Bit Na ke Gehenaa tanpa sebarang perbicaraan.

Walau dia adalah iblis, tetapi dia menunjukkan sifat belas kasihan beberapa sisi kemanusiaan selama dia merasuk tubuh badan Kang Bit Na dalam drama The Judge from Hell. Mari sama-sama kita lihat penjelasan di bawah ini.

 

Justitia

1. Justitia memberikan keadilan dan ganjaran yang setimpal pada semua pihak yang menjadi mangsa oleh para pembunuh kejam yang mengakhiri hidup mereka di bumi

 

The judge from hell

2. Dia memberikan penghakiman dan penyeksaan pada para penjenayah yang melakukan kejahatan sama seperti yang dilakukan oleh para penjenayah itu pada mangsa-mangsa mereka

 

c82b7282 3b4b 4855 890b ee8137dfabce

3. Justitia mencari bukti-bukti sebenar dan nyata tentang suspek yang disyaki memang melakukan kejahatan dan jenayah seperti yang dituduh ke atas mereka

 

01049741 0093 4b11 a2bc 27981295cc6e

4. Walau Justitia adalah iblis, dia sendiri menyatakan bahawa dia tidak akan pernah mencederakan atau menyakiti kanak-kanak, prinsip kemanusiaan yang sangat dijunjung olehnya

 

0479f74c 350e 4acd bfae eddc72bff739

5. Justitia bahkan melindungi anak kecil yang bernama Yoo Ji Ho (Yang Hee Sang) dari ibu tiri yang hendak membunuhnya

 

0479f74c 350e 4acd bfae eddc72bff739 1

6. Walau semua orang tidak mempercayai keterangan kanak-kanak kecil yang sering berubah-ubah, dia akan selalu mempercayai kanak-kanak kecil kerana baginya kanak-kanak tidak pandai menipu

 

acdd6a63 9224 4c4e 834d 4a036f121808

7. Justitia membunuh para pembunuh dan meletakkan mayat mereka di tempat yang mudah untuk dilihat, sebagai peringatan kepada masyarakat supaya mereka tidak menjadi penjahat dan penjenayah

Berada dalam tubuh badan Kang Bit Na yang merupakan seorang manusia, membuatkannya memiliki sifat belas kasihan dan sisi-sisi kemanusiaan ini dalam dirinya. Adakah dia juga akan turut merasakan dan mengalami nilai indah lain dalam sisi kemanusiaan iaitu jatuh cinta pada Han Da On (Kim Jae Young)? Menarik bukan? Kita nantikan ya episod seterusnya!

Baca lagi: Bagaimanakah Justitia Diberikan Hukuman dan Dihantar Ke Bumi dalam The Judge from Hell?
Baca juga: Masih Ingat Twinkling Watermelon? Ini Senarai Kdrama Akan Datang, Melibatkan Para Pelakon Drama Tersebut