Home Artis Korea Watak Nana dalam “Mask Girl” Dikecam Kerana Melampau dan Provokatif

Watak Nana dalam “Mask Girl” Dikecam Kerana Melampau dan Provokatif

0

Nana After School membuat kemunculannya semula dengan “Mask Girl” setelah kali terakhir dilihat membintangi web siri bertajuk “Glitch” pada 2022. Nama Nana mula menjadi topik popular sejak membintangi drama web siri Mask Girl.

Dalam “Mask Girl”, Nana memainkan watak Kim Mo Mi selepas melakukan pembedahan plastik. Dia berubah daripada seorang pekerja pejabat biasa kepada seorang wanita yang glamor. Dia terpaksa melakukan pembedahan plastik disebabkan satu insiden pembunuhan.

Nana

Kim Mo Mi yang turut dilakonkan oleh Nana membunuh Joo Oh Nam (Ahn Jae Hong) dan membelanjakan 30 juta won untuk mengubah wajahnya sebelum hidup sebagai gadis GRO.

IMG 1409 scaled

Kim Mo Mi tidak dapat meneruskan pembaikan dan rawatan susulan wajahnya selepas dipenjarakan seumur hidup. Akibatnya, setelah beberapa tahun, keadaan wajahnya semakin teruk dan tidak lagi cantik seperti sebelum ini.

IMG 0718 1

Watak utama Kim Mo Mi dilakonkan oleh tiga pelakon, Lee Han Byul, Nana dan Go Hyun Jung, pada tiga fasa berbeza dalam hidupnya. Lee Han Byul sebagai pekerja pejabat biasa dan BJ penyiaran dalam talian, Nana sebagai seorang gadis GRO, dan Go Hyun Jung seorang banduan.

Mask girl

“Mask Girl” diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama dan dijadikan siri tujuh episod. Tidak sepenuhnya mengikut webtoon asal, perubahan telah dibuat pada banyak bahagian kandungan, perkembangan cerita, dan hubungan antara watak. Bagi pengikut Webtoon asal, drama ini pasti mengejutkan penonton dengan pelbagai kelainan baharu.

Bagaimanapun, kelainan itu mungkin boleh mencetuskan kontroversi apabila melibatkan watak yang melampau dan provokasi.

IMG 1404

Walaupun lakonan Nana mendapat pujian tetapi terdapat sebahagian penonton meluahkan rasa kesal dan tidak selesa mengenai wataknya yang terlalu bersifat ganas dan sehingga berani mempamerkan tubuhnya tanpa seurat benang.

Bahagian belakang pelakon tinggi lampai ini terdedah tanpa seurat benang semasa adegan dia memasuki penjara, menanggalkan pakaian, dan menjalani pemeriksaan. Walaupun ada kemungkinan bukan tubuh badan sebenar yang didedahkan, namun ramai penonton mempersoalkan sama ada adegan sensasi sedemikian benar-benar diperlukan dalam drama siri itu.

IMG 1410 scaled

Kemudian adegan di penjara, unsur-unsur yang mengejutkan dimana Nana menyerang banduan lain dengan tindakan yang dianggap terlalu ganas juga mengundang provokasi sesetengah penonton. Adegan-adegan ini memberi gambaran bahawa untuk terus hidup, seseorang mesti memijak, memukul, dan menyakiti orang lain.

Walaupun aspek pengarahan dan persembahan luar biasa oleh pelakon adalah mengagumkan, ketidakselesaan yang melampau membawa kepada tindak balas yang berbeza.

Sumber: Daum

Baca lagi: 2 Filem Korea Baru Yang Boleh Ditonton di Viu Ogos Ini
Baca juga: Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah Thriller Saspen