Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok badrulishah, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki menyiarkan satu klip durasi pendek mengatakan bahawa jalan raya yang dilaluinya mengalami kesesakan lalu lintas dari Terowong Menora (Lebuhraya Utara Selatan, Perak). Dikatakan kesesakan lalu lintas itu terjadi akibat kemalangan jalan raya di mana sebuah trak askar telah terbabas di tepi jalan.
Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa kasihan apabila melihat reaksi beberapa orang askar sedang duduk selepas berlakunya kemalangan di jalan raya. Ada juga yang mendoakan semoga mereka selamat dari perkara yang tidak diingini berlaku dan dipermudahkan segala urusannya untuk menjalankan tugas. Netizen juga berasa sebak di mana tugas sebagai askar bukanlah mudah, namun ditimpa pula kemalangan sebegini.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 166.7K penonton, 5723 sukaan dan 228 komen.
Baca lagi: Baru Sahaja Habis Latihan Asas Tentera Darat, Reaksi Wanita Tahan Sebak Lihat Ibu Berkerusi Roda
Baca lagi: Kerajaan Setuju Laksanakan PLKN Semula, Sasar Warganegara Umur Sehingga 35 Tahun
Lihat klip durasi pendek keadaan trak tentera tersebut:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@miracocibby: sekrg ni mmg tentera sibuk kje mne de rehat sgt…
@Buttermilk chicken: Diorang ni klu busy dgn event mmg tak cukup rest tak cukup tido tu yg risau tu
@Tieharazap: Kerja terukk xckop rehat sebab tu byk lani askr excdent depa kerah tenaga sgguh
@zaiman@airbalangpadu: semoga semua anggota yng terlibat selamat dan dipermudahkan segalanya
@JOKER: mcm biasa stnby anggota utk temuduga…silap hari lesen kene gantung..kite dipersalahkn..knpe knpe knpe dan knpe..tu je soalan dorang..xde yg baik..
@wawa: setiap kali suami ckp ada tugas luar..gigil rasa diri ni..sbb kepala pikir mcm2..tp doa selalu mengiringi dia.sepanjang pjlnan..
@abdjalillamasak: lepas terowong menuju utara Tu bahaya ckit sbb lepas turun Bukit Ada selekoh kena hati2
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram