Home Entertainment Netizen Gigih Cari Bukti Kim Jong Kook & Yoon Eun Hye Pernah...

Netizen Gigih Cari Bukti Kim Jong Kook & Yoon Eun Hye Pernah Bercinta Dulu-dulu

0

Dalam laman forum, netizen Korea yang terdiri daripada peminat K-pop sejak era 2000-an bermesyuarat tingkap dan berbahas betul ke Kim Jong Kook dan Yoon Eun Hye pernah bercinta?

Teka-teki hubungan dua selebriti ini bermula sejak mereka main-main cinta dalam variety show, X-Man pada 2007.

8 4

Misteri dipecahkan apabila netizen dengar Jong Kook dan Eun Hye bercerita tentang bekas kekasih masing-masing:

 Cerita Yoon Eun Hye

Menerusi YouTube saluran peribadinya, aktres itu kata ini pertama kali dia bercerita hal peribadinya kepada umum, tentang seorang jejaka yang selalu mengirimkan mesej kepadanya. Mula-mula lelaki itu beria hantar mesej. Makin lama, makin pendek-pendek mesej dan akhirnya senyap terus.

“Mana-mana perempuan pun akan rasa sedih.” katanya.

Lantas Eun Hye memberi hadiah kepada bekas kekasihnya iaitu buku nota. Di dalam buku nota itu, bintang ‘Princess Hours’ itu tulis dengan tangannya sendiri semua mesej yang dia pernah dapat daripada lelaki itu.

“Dia lelaki yang baik, cepat-cepat minta maaf kerana berasa sangat bersalah.” kata pelakon itu lagi.

Cerita Kim Jong Kook

Dalam rancangan SBS, My Little Old Boy, Jong Kook mendedahkan hadiah yang diterimanya daripada bekas teman wanita. Katanya, dia pernah bercinta dengan seseorang yang pernah menghadiahkan dia buku nota.

“Dulu ada ex-gf yang pernah tulis semua mesej yang saya pernah hantar kat dia. Dia pernah panggil saya ‘Putera’ tau. Masa terus berlalu, mesej-mesej saya makin singkat. Saya pernah hantar sepatah kata ‘pergi ke gim’ je.

Apabila Kantoi

Menurut portal Korea Wikitree, netizen mendapati dua cerita tersebut bertembung dan kedua-duanya dipercayai pernah bercinta dalam dunia nyata.

Apabila kisah cintanya tersebar, Eun Hye lekas-lekas tutup video di channel YouTube dia dengan alasan ‘Video yang dimuat naik baru-baru ini ada isu dengan file dan telah dipadamkan’.

Dalam laman forum, netizen terkejut dengan ‘teh tertumpah’ itu tetapi lega sebab misteri selesai dan akhirnya boleh hidup dengan aman, damai dan sentosa.