Home Entertainment Netizen Kecewa Dengan Tindakan Wonyoung Dalam Siaran Langsung IVE Baru-Baru Ini

Netizen Kecewa Dengan Tindakan Wonyoung Dalam Siaran Langsung IVE Baru-Baru Ini

0

Pada 26 September KST, seorang netizen membuat siaran di forum komuniti dalam talian bertajuk, “Apa pendapat anda tentang kontroversi yang berterusan mengenai V Live IVE?”

Di sini, netizen memasukkan beberapa tangkapan skrin siaran V Live baru-baru ini, di mana Wonyoung dilihat bertanya kepada Leeseo tentang bajunya.

Selepas melihat baju Leeseo, Wonyoung tiba-tiba membuat kenyataan bahawa baju Leeseo kelihatan serupa dengan yang dipakainya semasa rakaman muzik.

1664241902 befunky collage 2022 09 26t212502

Kemudian, Wonyoung bertanya kepada Leeseo sama ada dia telah membeli baju itu sendiri, tiba-tiba mencapai ke arah Leeseo untuk memeriksa tag bajunya.

Insiden itu berakhir hanya selepas Wonyoung dan Yujin mengesahkan bahawa Leeseo tidak memakai baju yang sama. Apabila melihat perkara ini, ramai netizen meluahkan rasa tidak selesa mereka berhubung tindakan Wonyoung.

1664241902 befunky collage 2022 09 26t212502

Wonyoung: “Saya rasa saya memakainya semasa saya ‘recording’ [untuk album].”

Wonyoung: “Awak beli ni ke?”

Leeseo: “Ini [sebenarnya] pakaian Rei unnie. Haha.”

1664241824 befunky collage 2022 09 26t212343

Wonyoung: (Mengesahkan tag baju [Leeseo])

Yujin: “Bukanlah [baju yang sama].”

1664243143 95c207dd 6c07 4a7e b9b5 6c2bd7c0f5e4

Baju Wonyoung semasa rakamannya:

Netizen memberi komen:

“Saya rasa ini agak teruk. Tengok riak muka Leeseo.”

“Saya tak rasa tindakannya ini layak mendapat kebencian. Tetapi itu tidak bermakna tindakannya ini betul. Jika dia ingin tahu tentang baju itu, dia boleh mengesahkannya selepas siaran langsung ini tamat.”

“Ini tidak teruk jika dia mengesahkan baju itu selepas kamera dimatikan.”

Artikel Berkaitan: “Dia Selalu Menyusahkan Orang…” K-Netizen Geram Dengan IVE Jang Won Young?

Artikel Berkaitan: Apa Sudah Jadi Dengan Badan IVE Jang Wonyoung? Sangat Merisaukan!

1664241774 befunky collage 2022 09 26t212254

Netizen lain memberi komen:

“Saya rasa Wonyoung hanya ingin mengiklan baju itu kerana dia adalah model untuk KIRSH.”

“Tidak mengapa untuk dia mengesahkan tag itu, terutamanya jika baju itu kelihatan sama. Lolll. Itu bukan baju Leeseo pun. Ini benda normal jika anda tinggal bersama”

“Ia bukanlah sesuatu yang kurang ajar. Mereka hanya ingin mengesahkan bahawa mereka mempunyai dua baju berbeza. Peminat ingin tahu sama ada ia dari jenama KIRSH kerana mereka melihat [Wonyoung] memakainya semasa rakaman dan melihat Leeseo memakai baju yang serupa.”

“Kenapa orang selalu serang Wonyoung?”

Sumber: [1]