Pada Oktober lalu, Maryam daripada Durian Kimchi selamat bergelar ibu, harapnya masih belum terlambat tim DaebaKing untuk ucapkan tahniah atas kelahiran baby Rina.
Terkini menerusi perkongsian terbaru Ryzal di akaun Facebook Duriankimchi, pasangan ini berkongsi foto kelihatannya seperti baru lepas marathon dan bagi hint ingin ke Langkawi.
Namun, ada seorang individu memberikan komen tentang pasangan muda zaman ini tidak berpantang dan bangga tayang diri baru lepas bersalin.
Katanya, pasangan muda bangga menayang diri yang baru lepas bersalin dan makan hanya ikut suka sahaja.
Individu tersebut juga berkata, pada zaman dia berpantang, hampir dua tahun dia menjaga pemakanan dan tidak boleh melepaskan rambut supaya rambut yang tercabut tidak jatuh ke mana-mana.
Tambahnya lagi, walaupun anaknya sudah berusia 22 tahun dia masih lagi mengekalkan tubuh badan yang ideal dan perut yang tidak buncit.
Walau bagaimanapun, komen tersebut juga dibidas netizen lain yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.
‘Biar keluarga sahaja yang nasihatkan, orang luar jangan over.”
“Tiada bukti saintifik.”
“Terpulang kepada individu nak berpantang macam mana.”
“Hari-hari kena jaga kesihatan, bukan semasa berpantang sahaja.”
Ryzal mempertahankan Maryam
Terdahulu, Ryzal pernah tampil mempertahankan isterinya dengan mengatakan Maryam hanya bertukar agama dan bukan budaya.
Tambahan lagi, Ryzal turut membayar Confinement Lady bagi membantu Maryam menjalani pantang secara tradisional.
“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya apabila dia sanggup ikut walau bukan budaya dia.
“Saya minta hajjah, makcik, akak serta semua di sini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya.” katanya.
Bagaimana Cara Orang Korea Berpantang Selepas Bersalin?
Pernahkah anda terfikir bagaimana orang Korea berpantang? Sebelum ini, DaebaKing pernah memuat naik artikel tentang ‘Sanhujori’ iaitu budaya pantang orang Korea selepas bersalin.
Salah satu isi artikel tersebut adalah wanita Korea wajib makan sup rumpai laut. Dalam vlog terbaru pasangan Durian Kimchi ini juga tunjukkan Ryzal memasak ‘Miyeok-guk’ atau sup rumpai laut untuk Maryam.
Semasa bersalin, biasanya berlaku pertumpahan. Jadi menurut Maryam, makan sup rumpai laut ini bagus untuk proses pertambahan darah.
Kenyataan tersebut turut senada dengan perkongsian portal kesihatan, Healthline yang mengatakan ‘Miyeok-guk’ ini kaya dengan kalsium, iodine, fibre dan zat besi untuk proses penyembuhan dan perkembangan tubuh.
Bagaimana pun seperti makanan lain, laman Korea Biomed menasihatkan supaya elakkan memakan rumpai laut yang tinggi iodine ini secara berlebihan kerana bimbang timbul penyakit lain pula nanti iaitu kanser tiroid, antara penyakit tertinggi di Korea.
Untuk baca lagi bagaimana cara wanita Korea berpantang, klik pautan di bawah:
Sanhujori: Bagaimana Wanita Korea Berpantang Selepas Bersalin?
Sumber: Rotikaya.rimbabara, Healthline, Korea Biomed