Home Entertainment Netizen Korea Sedih Dengan Kata-Kata Bapa Mendiang Kim Mi-soo

Netizen Korea Sedih Dengan Kata-Kata Bapa Mendiang Kim Mi-soo

0

Bapa mendiang Kim Mi-soo sering mempromosi drama dan memuat naik kegiatan seni anak perempuannya di laman sosial sebagai tanda sokongan.

Pada tahun 2019, Encik Kim memuat naik post, “Anak saya, Mi-soo akan muncul sebagai Cha Yeon-ji, adik kepada watak utama iaitu Cha Yu-ri (Kim Tae-hee) dalam drama ‘Hi Bye, Mama!’. Episod pertama akan disiarkan pukul 9 malam. Tolong tengok ya!”

Kapsyen berserta foto Mi-soo sedang tersenyum bersama skrip “Hi Bye, Mama!” melastik tangkai hati netizen yang melihatnya.

Encik Kim turut memuat naik beberapa keping foto dan keratan artikel Mi-soo ditemu bual selepas drama “Hi Bye, Mama!” berakhir.

“Tolong baca ya.” kata si bapa dengan penuh kasih sayang.

Netizen tak dapat tahan sebak dan simpati dengan kasih sayang dan rasa bangga yang ditunjukkan oleh Encik Kim terhadap pencapaian anak perempuannya. ‘Snowdrop’ merupakan drama terakhir lakonan Mi-soo.

Semalam dunia gelombang Korea dikejutkan dengan pemergian Kim Mi-soo. Upacara pengebumiannya dilaporkan diadakan di Gongneung-dong, Seoul.

Agensinya, Landscape Entertainment berkata, “Ahli keluarga kini sedang berkabung dan masih sedih dengan berita yang mengejutkan ini.

Kami pinta dari lubuk hati paling dalam supaya anda jauhi menyebar sebarang khabar angin dan spekulasi supaya ahli keluarga yang masih terkejut dan sedih ini dapat merelakan pemergian mendiang Mi-soo dengan tenang.

“Acara pengebumian diadakan secara senyap dan privasi atas permintaan keluarga mendiang. Kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Mi-soo.”

Sumber: SBS, Kbizoom