Home Food Netizen Korea Terkejut ‘Bekas Plastik’ Dalam Kek Aiskrim Ini Boleh Dimakan Rupanya

Netizen Korea Terkejut ‘Bekas Plastik’ Dalam Kek Aiskrim Ini Boleh Dimakan Rupanya

0

Sekali imbas, netizen Korea menyangka bekas berwarna merah jambu yang melapik kiub kek aiskrim ini adalah plastik, lapor Wikitree.

ljffccdfbg

Kemudian salah seorang warganet memuat naik artikel di komuniti dalam talian bahawa ia sebenarnya boleh dimakan.

“Saya sangat terkejut. Bekas pink di antara kiub aiskrim Baskin Robbins ini sebenarnya coklat, bukan plastik, jadi anda boleh memakannya.”

Kek aiskrim ‘Real 27 Cube’ ini terdiri daripada sembilan menu Baskin Robbins popular di Korea termasuk Cherry Jubilee, New York Cheesecake, Rainbow Sherbet, Shooting Star, Mint Chocolate Chip, Almond Bonbon, Cotton Candy Wonderland, Mom is an Alien dan Blueberry Cheesecake. (Pistachio almond takde ke ☹)

ddeed

Menurut laman Baskin Robbins, bekas merah jambu yang memisahkan setiap lapisan itu sesungguhnya adalah coklat berperisa strawberi.

Memandangkan sudu dan penutup bekas pembungkus Baskin Robbins biasanya berwarna merah jambu, maka ramai orang ingat bekas berwarna tersebut yang turut digunakan untuk menampung kek aiskrim ini juga plastik.

“Saya dah mencubanya, tetapi rasanya tawar.” – Netizen Korea