Pada 27 Januari, Mahkamah Tinggi Angkatan Tentera Korea Selatan dilaporkan telah mengurangkan hukuman penjara bekas anggota Big Bang, Seungri kepada setahun enam bulan semasa perbicaraan rayuan terakhirnya.
Menurut laporan media itu, Seungri mengakui kesemua 9 pertuduhan jenayahnya ketika dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan mengemukakan kenyataan atas kesalahannya. Mahkamah Tinggi mengambil kira bahawa defendan mengaku bersalah ke atas pertuduhan itu dan menunjukkan tingkah laku yang memberi kerjasama sewaktu melaraskan keputusan perbicaraan awal.
Pada Ogos 2021, mahkamah tentera menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun kepada Seungri, serta denda kira-kira 1.156 bilion KRW (hampir RM 4 juta), atas sembilan pertuduhan jenayahnya, termasuk penyelewengan, pelanggaran peraturan kebersihan makanan, serangan seksual, rakaman kamera rahsia secara haram, pelacuran, kegiatan perjudian haram, pemindahan wang asing secara haram, serangan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, pengamal undang-undang yang mewakili Seungri memfailkan rayuan pada Oktober 2021.
Berita Seungri diringankan hukuman penjara hanya setahun enam bulan membuatkan netizen Korea ‘bermesyuarat tingkap’ di komuniti dalam talian bagi meluahkan kemarahan serta kebingungan mereka tentang sistem keadilan Korea.
“LOL, ‘bagusnya’ sistem keadilan jenayah di Korea ni.”
“Saya kena tinggalkan Korea, dah tak nampak masa depan untuk sistem keadilan Korea,”
“Jadi dia menerima hukuman yang dikurangkan?? dikurangkan?? Kenapa Korea Selatan sangat sial???”
“Hakim perlu dihukum.”
“Ini sangat tidak adil.”
“Jadi dia telah menafikan semua pertuduhan tetapi akhirnya mengaku juga, LOL sangat”
“Korea Selatan sukakan penjenayah.”
“Korea Selatan ialah negara yang baik untuk didiami oleh penjenayah.”
Sumber: AllKpop