Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok adibzxmri, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan sebuah mesej dari seorang lelaki yang sedang mencuba berhubung dengan pelanggannya di mana beliau ingin menanyakan mengenai barang yang dipesan olehnya. Lelaki ini yang bekerja sebagai penghantar barang dari syarikat J&T, telah dituduh ‘scammer’ disebabkan pelanggan itu mengatakan bahawa beliau tidak membeli mana-mana barang.
Namun tindakan lelaki ini juga telah membuatkan orang ramai terhibur dengan reaksinya yang secara spontan dan selamba.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi pelanggan itu membalas mesej tersebut seperti marah membuatkan orang ramai turut faham situasi ini selepas diganggu oleh ‘scammer’ beberapa hari. Ada juga yang mengatakan terhibur apabila mendengar respon lelaki ini yang secara spontan meminta pelanggan itu menarik semula kata-katanya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 791.8K penonton, 48K sukaan dan 946 komen.
Baca lagi: Kucing Menyelinap Dalam Kereta Dipenuhi Parcel, Reaksi Abang JNT Ini Raih Perhatian
Lihat klip durasi pendek respon abang jnt ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@nr.eshaa: Dia kata bukan salah kau, tapi awal awal dia dah doakan kau yang bukan bukan
@..: ye weh pernah kena tak order pun tetiba parcel sampai cod pulak tu nasib jnt tu baik ambil balik
@done: bukan apa.. aku pon mcm tu sbb pernah kena scam.. bukan 1 kali berkali2. dia jadi takut + geram
@murni: aku tngh tngok video ni tetiba abg jnt mai hantar brg nk tergelak pon ada
@NrlNajeeha: hahah sama wehh ngn laki aku.. kena chop scammer.. bende pon kita taktau an.. RTS je la hahahaah
@fyq: Bang viewers dah aamiinkan bang tengok video tuu dah terlambat dah bang
@Syahindah Shop: aku yg keje admin j&t pon pening nak melayan cus yg tetiba ckp aku scammer , padahal aku kena call nak confirmkn da dpt brg ke belom je , stress
@Nr.azie: hahahaa Mende pun dah doa .semua pun dah aminkan..bertabah jela bang
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram