Home Entertainment Nicola Peltz & Brooklyn Beckham Tiru Gaya David & Victoria Beckham

Nicola Peltz & Brooklyn Beckham Tiru Gaya David & Victoria Beckham

0

David Beckham dan Victoria Beckham adalah antara lagenda fesyen yang sering menjadi idola dan ikutan ramai. Pasangan itu sering muncul dengan fesyen menarik dan sentiasa menjadi bualan ramai.

9437228B 0609 4B27 94E2 0C8E9FB63C7C

Bulan Julai tahun 2023 merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 24. Pasangan selebriti yang dianggap lagenda kerana masih bertahan dalam perkahwinan dan masih kelihatan bahagia sampai sekarang.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia David Beckham dan Victoria Beckham untuk memiliki sebuah perkahwinan bahagia dan berkekalan sehingga sekarang.

Cara paling ‘klasik’ adalah dengan menjadi sahabat dahulu, saling mengalah dan tidak cepat marah, atau mungkin sering memakai pakaian tema sama supaya tiada perbalahan?

Segala teka-teki tentang rahsia hidup bahagia pasangan ini sukar difahami tetapi cukuplah dari pemerhatian seluruh dunia, mereka memang sebenarnya sangat serasi bersama.

58D63CA9 3B54 43BC A7CE DB27C18A2547

Nampaknya Brooklyn Beckham dan isterinya Nicola Peltz mengambil inspirasi dari ibu bapa mereka David dan Victoria Beckham untuk menggayakan pakaian matchy-matchy. Mereka menggayakan pakaian dengan tema warna sama seperti yang sering dilakukan oleh kedua ibu bapa Brooklyn Beckham.

E2EC46A2 AA33 406C 8F69 96CB5B71FE7C 6B03A528 435C 4F88 8103 01A5D4DBB80C A05406EC 937E 49DB A546 D6B36FEE4B5F 24A7442D 6E5B 43D1 944C 95957D82E1A1

Brooklyn Beckham merupakan anak pertama kepada pasangan David Beckham dan isteri. Perkahwinan Brooklyn Beckham dengan anak billionaire dari Amerika Syarikat menjadi tumpuan ramai pada tahun 2022.

E3186D30 C05C 482C 833A EDC03FD90CE0

Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz telah mengenakan pakaian sama tema untuk kolaborasi bersama dengan Tiffany and Co.

Brooklyn dan Nicola masing-masing telah memuat naik gambar di laman Instagram milik mereka dengan ungkapan penghargaan buat satu sama lain. Mereka dilihat mengenakan busana berwarna putih sambil melakukan gaya romantis dan elegan.

E8EC896B 5E13 42CE 9445 22EB7BA41CF3

Jika pasangan pengantin baru itu mahu mengikut jejak David Beckham dan Victoria Beckham, mereka tidak boleh berhenti di sini sahaja. David dan Victoria sejak dahulu lagi sangat terkenal dengan peragaan pakaian sama warna ketika menghadiri pelbagai acara sebagai selebriti. Memakai pakaian sama warna adalah signature khas pasangan suami isteri terkenal tersebut.

73F2B33A 366D 4888 AEFD F4AC4DC03090

Gosip liar bertiup kencang mengatakan Nicola Peltz dan ibu mertuanya Victoria Beckham tidak sebulu dan tidak mempunyai hubungan yang baik. Mungkin dengan ini Victoria dapat merasakan sedikit penghargaan kerana anak menantunya menjadikan gaya mereka suami isteri sebagai panduan untuk mereka.

Baca Lagi: Angelina Jolie Mungkir Janji Menjual Harta Kesayangan Brad Pitt

Baca Juga: Chuck Norris Korbankan Karier Demi Isteri Tercinta