Home Artis Korea Night Fishing Filem Pendek Korea, Kisah Cemas Seorang Pemandu Kereta

Night Fishing Filem Pendek Korea, Kisah Cemas Seorang Pemandu Kereta

0

Selepas membintangi Troll Factory, Son Suk Ku bakal kembali menyapa para peminat setianya melalui filem terbaru yang bertajuk Night Fishing.

Menariknya, Night Fishing merupakan sebuah filem pendek dengan durasi waktu 13 minit sahaja. Walaupun demikian, poster dan trailer filem yang baru sahaja dilancarkan dan dikongsikan pada 28 Mei 2024 yang lalu telah berjaya menarik minat dan memacu keterujaan para peminat.

Membawa genre thriller dan penuh babak mencemaskan, mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang sinopsis dan tarikh tayangan filem Night Fishing dibawah ini!

 

1. Sinopsis Night Fishing

Night fishingDipetik dari portal Allkpop, filem pendek Night Fishing ini mengisahkan tentang sebuah insiden misteri yang terjadi di sebuah stesen pengecasan kendaraan elektrik pada malam hari. Walau filem pendek ini hanya berdurasi lebih kurang 12 minit 59 saat, filem ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang pantas dan sekaligus mendebarkan.

Dari poster dan trailer yang baru dikongsikan, Night Fishing memiliki aspek sinematografi yang unik. Seluruh filem disusun dari sudut pandang kamera depan, belakang, dan sisi kereta yang dipandu oleh watak utama.

 

2. Dibintangi oleh Son Suk K

671cf50b fc6f 46ed 8a90 11926a6e7c99Watak utama dalam filem ini dibawa oleh Son Suk Ku. Dalam poster, pelakon berbakat ini tampil dengan keadaan suasana yang cukup menyeramkan. Dia duduk di dalam kereta yang gelap, seolah-olah sedang menunggu sesuatu. Secara tidak langsung, vibes tersebut menonjolkan elemen thriller dari filem.

Uniknya, selain menjadi pelakon utama, kali ini Son Suk Ku juga turut terlibat dalam produksi. Sebagai tambahan, filem ini diarahkan oleh Moon Byung yang sebelum ini telah berjaya memenangi Palme d’Or untuk Filem Pendek di Festival Filem Cannes ke-66 melalui filem bertajuk Safe.

 

3. Tarikh tayangan filem Night Fishing

IMG 8805

Bersama-sama dengan pengumuman filem, CGV Korea mengesahkan bahawa filem Night Fishing akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam mereka pada 14 Jun 2024. Walau demikian, belum ada pengesahan lebih lanjut tentang penayangan filem ini di Malaysia. Jadi, kita nantikan berita selanjutnya ya.

Baca lagi: Frankly Speaking Telah Tamat, Anda Puas Hati?
Baca juga: Jadi Buruan Pembunuh Psikopat, 9 Kdrama dan Filem Ini Penuh Kisah Mendebarkan

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here