Home Kdrama/Kmovie Drama Korea No Gain No Love Bakal Tamat, Masih Ada Persoalan Belum Terjawab

No Gain No Love Bakal Tamat, Masih Ada Persoalan Belum Terjawab

0

Terasa baru sahaja episod 1 ditayangkan, kini drama Korea No Gain No Love (2024) sudah hampir mencapai ke episod akhir.

Pada hari 25 September 2024, drama Gain No Love ini sudah sampai ke episod 10 yang bermaksud drama ini hanya berbaki dua episod sahaja lagi untuk menamatkan kisahnya.

Drama Korea komedi romantik lakonan Shin Min Ah, Kim Young Dae, Lee Sang Yi dan Han Ji Hyun ini memang mempunyai plot cerita seperti roller coaster. Dimulakan dengan perkahwinan kontrak Son Hae Young (Shin Min Ah) dengan Kim Ji Wook (Kim Young Dae), hingga terungkapnya identiti sebenar Kim Ji Wook.

Penonton pastinya tertanya-tanya akan pengakhiran drama ini. Tambahan pula dengan gangguan dari ayah Nam Ja Yeon (Han Ji Hyun) serta hubungan uniknya dengan Bok Gyu Hyun (Lee Sang Yi).

Namun yang pasti, ada beberapa persoalan yang perlu terjawab di episod akhir drama Korea No Gain No Love ini. Apakah persoalan yang belum terungkai itu?

No gain no love1. Son Hae Young menghalau Kim Ji Wook kerana dia adalah bekas anak asuhan ibunya. Namun, mengapakah Son Ha Young sangat marah?

bbd54911 bf13 4d84 92d6 0f07f3a90e252. Kim Ji Wook memutuskan untuk membatalkan niatnya untuk pergi ke luar negara demi Son Hae Young, bagaimanakah reaksi Bok Gyu Hyun?

c13acf8c 9109 4a35 b7d3 5c6b4e82e9b83. Adakah Son Hae Young juga akan terkena tempias dengan keputusan Kim Ji Wook ini. Apakah yang akan terjadi padanya?

c0c092f9 4de5 4d53 9799 c4d4109829be4. Ayah Nam Ja Yeon baru sahaja keluar dari penjara dan berniat untuk balas dendam. Adakah wanita itu berjaya melarikan diri?

03f8083e e324 470c a271 031361885a44 15. Dengan latar belakang yang rumit, Nam Ja Yeon merasakan dia tidak berhak mempunyai kekasih. Bagaimanakah hubungannya dengan Bok Gyu Hyun?

c62f7a95 47f2 4833 87e0 7874c1d55fca6. Bagaimanakah nasib kehamilan Cha Hee Sung (Joo Min Kyung), adakah dia akan menggugurkan kandungannya atau berkahwin dengan kekasihnya?

ddaf544e 621e 4646 a99f 9dca27e1cbb77. Siapakah pasangan yang akan kekal bersama di episod akhir No Gain No Love? Adakah drama ini akan menampilkan pengakhiran yang bahagia?

No Gain No Love memang memberikan kisah yang luar biasa. Rasanya 12 episod masih kurang memuaskan hati penonton dengan segala konflik mengejutkan dari para karakter. Namun, suka atau tidak, drama ini memang dijadualkan tayang sebanyak 12 episod sahaja.

Sudah bersedia untuk menonton episod akhir drama Korea No Gain No Love? Jangan lupa nantikan dua episod final pada 30 September 2024 dan Selasa 1 Oktober 2024 nanti ya.

Baca lagi: Iron Family Kini Popular Raih Rating 2 Digit, Drama Comeback Terbaru Kim Jung Hyun
Baca juga: 2 Episod Spice Up Our Love, Spin-Off No Gain No Love Bakal Tayang

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here