Home Kdrama/Kmovie Drama Korea No Gain No Love Drama Untuk Santai-santai. Adakah Kdrama Ini Berbaloi untuk...

No Gain No Love Drama Untuk Santai-santai. Adakah Kdrama Ini Berbaloi untuk Ditonton?

0

tvN telah menyajikan drama Korea terbaru yang berjudul No Gain No Love (2024). Drama Korea ini menggantikan tayangan Serendipity’s Embrace sejak Isnin, 26 Ogos 2024.

No Gain No Love (2024) menyajikan genre romcom (romantik komedi) dengan barisan pelakon terkenal.

Buat anda yang masih berkira-kira untuk menonton drama Korea ini, mari sama-sama kita lihat ulasan di bawah ini!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Merupakan pentas kemunculan semula Shin Min Ah, Kim Young Dae, Han Ji Hyun, dan juga Lee Sang Yi

IMG 0423 1

Salah satu daya tarikan drama No Gain No Love (2024) adalah barisan pelakon utamanya. Drama Korea ini merupakan pentas kemunculan semula Shin Min Ah, Kim Young Dae, Lee Sang Yi, dan Han Ji Hyun.

Shin Min Ah selalu memang berjaya membangunkan keserasian dengan pelakon yang bergandingan dengannya, termasuklah semasa bersama bergandingan dengan Kim Young Dae.

Han Ji Hyun yang dikenali melalui watak antagonis dalam drama Penthouse (2020), sekali lagi menunjukkan sisi lain bakatnya untuk para penonton.

Sementara itu, Lee Sang Yi yang pernah membawa watak antagonis dalam Han River Police (2023), akan mengembalikan gelaran jejaka ‘green flag’ yang pernah dibawa olehnya dalam drama Hometown Cha-Cha-Cha (2021).

Lakonan para pelakon pembantu lain juga mampu mengimbangi jalan cerita dengan lebih baik.

Baca juga: Byeon Woo Seok Akan Membuat Kameo Istimewa Dalam ‘No Gain No Love’ Lakonan Shin Min Ah Dan Kim Young Dae

2. Sesuai bagi anda yang menyukai drama romcom dengan jalan cerita yang ringan

955bb25f cc61 4b6d ba54 9265409139e2

Drama Korea ini menyajikan genre komedi romantik untuk para penonton. Genre seperti ini selalu berjaya mencuri perhatian penonton, lebih-lebih lagi apabila jalan yang disajikan adalah ringan dan menyegarkan.

Jalan cerita yang disajikan sangat umum iaitu tentang perkahwinan kontrak yang dilakukan oleh Son Hae Young (Shin Min A) dan Kim Ji Wook (Kim Young Dae). Persembahan lakonan para pelakon membuatkan drama ini tidak membosankan dan kelihatan sangat segar.

Penonton juga sangat menantikan kisah dari second couple (pasangan kedua) iaitu penulis novel dewasa, Nam Ja Yeon (Han Ji Hyun) dan seorang CEO, Bok Gyu Hyun (Lee Sang Yi).

Selain itu, penonton mungkin akan lebih tertarik dengan gandingan Nam Ja Yeon dengan bakal ibu mertuanya, Sun Jung A (Lee Il Hwa).

 

3. Ditayangkan di Prime Video dengan jumlah 12 episod

No gain no love

No Gain No Love telah ditayangkan sejak Isnin, 26 Ogos 2024 di Prime Video. Drama ini tampil dengan jumlah 12 episod, jadi para penonton hanya memerlukan masa sekitar sebulan sahaja jika ingin marathon semua episod secara terus.

Sudah disahkan juga bahawa Spice Up Our Love, spin off untuk No Gain No Love (2024) akan ditayangkan. Bagi anda yang ingin menonton kisah Bok Gyu Hyun dan Nam Ja Yeon, anda perlu menonton No Gain No Love (2024) terlebih dahulu.

No Gain No Love (2024) sesuai untuk anda yang sukakan genre komedi romantik dengan jalan cerita yang ringan. Tonton drama ini setiap hari Isnin dan Selasa ya!

Baca lagi: 9 Filem Thriller Korea yang Mendebarkan, Filem Bagus tapi Underrated
Baca juga: Shin Min Ah Menjadi Isteri Palsu dalam No Gain No Love, Episod 1 Lucu dan Menghiburkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here