Home Entertainment Not Others, 10 Sikap Romantik Eun Jae Won Pada Kim Jin Hee

Not Others, 10 Sikap Romantik Eun Jae Won Pada Kim Jin Hee

0

Dilakonkan oleh oleh Park Sung-hoon, watak Eun Jae Won merupakan salah satu watak utama drama siri Not Others.

Dalam Not Others, watak Eun Jae Won adalah seorang anggota polis dengan sikap tsundere (merupakan istilah perwatakan bahasa Jepun yang menggambarkan personaliti seseorang yang angkuh, suka bersaing, dan sering melupakan kawan kawan sekiranya dia berada dalam keadaan senang. Walaubagaimanapun sikap ini juga dipenuhi rasa cinta yang tinggi dan perangai sombong lama kelamaan luntur akibat rasa kasih dan sayang yang wujud dalam diri).

Bukan hanya sewaktu bekerja, tetapi dia bersikap sama dalam kehidupan cintanya.
Sikap tsundere dan perasaan malu-malu membuatnya sukar menunjukkan rasa romantik pada Kim Jin Hee (Sooyoung SNSD). Oleh kerana itu, dia mempunyai cara unik untuk menunjukkan sikap romantik pada pujaan hatinya.

Baca juga: Siapa Sangka “Not Others” Jadi Hits, Rating Terus Meningkat

Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler.

 

b70f95d6 fed1 499b a196 61aa4f7cba3c
1. Kerana sifatnya yang pemalu lagi-lagi dalam soal cinta, Eun Jae Won sukar untuk
mengungkapkan perasaan cintanya melalui kata-kata

 

2e8ee702 cf41 4c4c ae94 a5b302fd03f7
2. Dia juga menahan diri untuk menunjukkan perasaan sebenar. Tidak hairanlah jika Kim Jin Hee yang lebih cepat mengambil langkah dan lebih aktif dalam hubungan mereka

 

0e1508c5 2577 4cdd af9a 646c7f27a7e2
3. Walaupun begitu, perasaan cinta Eun Jae Won ternyata lebih mendalam. Tanpa disangka, dia ternyata sudah menyukai Kim Jin Hee sejak zaman merek belajar lagi

 

330ec161 0b07 4f7f bb10 f7d4da292024
4. Namun dia kerap menghindari Kim Jin Hee kerana bimbang gadis itu akN terlibat dalam masalah. Dia ingin pujaan hatinya memiliki karier yang berjaya

 

6186c4aa 53fa 4065 bddc 2609415d2577
5. Selain itu, diam-diam Eun Jae Won sering memerhatikan Kim Jin Hee. Dia sudah terbisa memahami karakter pujaan hatinya tersebut

 

9fbf30ec 20d2 44c5 9f9f 87ab8d6664d4
6. Selepas Kim Jin Hee dipindahkan ke pejabatnya, sikap Eun Jae Won lama-kelamaan menjadi lebih hangat dan mesra. Dia tidak mampu lagi menyembunyikan perasaannya

 

9d106bc0 ecd5 48aa a204 0292197d2e94
7. Dia memang belum boleh meluahkan rasa cinta seperti lelaki-lelaki lain. Namun mampu menunjukkan perhatian dan sikap prihatin yang berlebihan

Baca lagi: 5 Sebab “Not Others” Menarik untuk Ditonton

 

ffd3e57e 408b 4ced 905f 4f411616f0a2
8. Eun Jae Won memberi sokongan sewaktu pujaan hatinya itu sedang bersedih. Dia juga menyokong impian Kim Jin Hee untuk mengelilingi dunia

 

8357108e 0897 4e7b 9c35 80c1241cb4f1
9. Walaupun dia bakal merindui si cinta hati, dia tetap menyokong Kim Jin Hee. Dia bahkan memberi cuti setahun walau mungkin dia bakal menghadapi masalah sebagai bos nanti!

 

Not others
10. Eun Jae Won memberi buku catatan perjalanan yang ingin dilakukannya jika dia mengelilingi dunia. Buku itu menjadi bucket list yang boleh membantu perjalanan Kim Jin Hee

Sikap prihatin dan romantik Eun Jae Won memang berbeza dari lelaki-lelaki lain di luar sana. Dia masih malu-malu dan belum boleh meluahkan rasa cinta. Namun melalui perhatian dan perlakuan lembutnya, Kim Jin Hee boleh merasakan perasaan cinta mendalam Eun Jae Won pada dirinya.

Baca lagi: Kdrama Not Others, 7 Cara Dua Beranak Ini Selesaikan Konflik
Baca juga: 5 Filem Korea Tentang Manusia Super Seperti “Moving”