Not Others (2023), Kdrama siri yang dibintangi Kim Eun Mi (Jeon Hye-jin) dan anak perempuannya, Kim Jin Hee (Choi Soo-young), sering kali terlibat dalam permasalahan konflik.
Walaupun demikian, segala konflik dan masalah yang dihadapi menjadi bukti bahawa kedua-dua mereka mempunyai ikatan yang cukup baik dan kuat. Tambahan pula, jika kita meneliti beberapa cara yang dilakukan oleh pasangan anak beranak ini untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, tampak lebih jelas kasih sayang dan kekuatan hubungan mereka.
Tips dan cara-cara yang dikongsi dan ditonjolkan dalam drama siri Not Others juga boleh menjadi contoh dan teladan bagi para penonton untuk menyelesaikan konflik dengan ibu atau anak yang terjadi di rumah.
Siapa tahu jika cara-cara dan langkah yang diambil oleh kedua-dua watak utama drama siri ini sebenarnya juga sesuai untuk diterapkan dalam kehidupan kira. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Jom sama-sama kita lihat bagaimanakah cara Kim Eun Mi dan Kim Jin Hee menyelesaikan konflik mereka dalam Kdrama siri Not Others:
1. Tidak bertindak melulu semasa ada perbezaan pendapat dan semasa mahu
melampiaskan emosi masing-masing namun mereka menggunakan kata-kata yang baik supaya tidak saling menyakiti
2. Selepas itu, masing-masing cuba menenangkan diri, perkara ini penting supaya dapat merenung kembali kesalahan masing-masing
3. Menyampaikan maksud dan isi hati satu sama lain ketika sudah tenang sangat penting, ini juga yang diterapkan oleh Kim Eun Mi dan Kim Jin Hee
4. Perkara tersebut menjadi bukti bahawa kebolehan dalam berkomunikasi itu penting, supaya keterbukaan juga terbentuk
5. Kim Eun Mi dan Kim Jin Hee mempunyai cara masing-masing untuk meminta maaf, paling penting! jangan lupa sampaikan isi hati untuk meminta maaf ya!
6. Kim Jin Hee biasa mengajak ibunya bercuti supaya mereka cepat-cepat berdamai, perkara tersebut juga sebagai tanda satu bentuk permintaan maaf darinya
7. Memang konflik tidak dapat dihindari, namun cara untuk penyelesaian konflik yang baik juga perlu diketahui oleh setiap individu
Jadi, cara mana satukah yang paling sesuai untuk anda? Pasti cara-cara baik yang ditonjolkan ini memiliki banyak nilai yang dapat menjadi pengajaran bagi para penonton.